SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

15 Februari 2012

EH PERUTKU BERBUNYI MUZIK




LAPARNYA..... (sila bayangkan bunyi perut yang kelaparan)

Baru bangun, tapi subuh aku bangun solat ok. Secara automatik tangan terus mengusap - usap perut yang lapar minta diisi. Semalam lepas habis keje, 12am terus aku gerak mundar - mandir sekitar Kota Damansara mencari port terbaik untuk aku melahap. Rata ceruk aku pegi tapi hampir kesemuanya aku dah mencemar duli, akhirnya aku balik ke rumah jugak dengan perut kosong disebabkan malas nak menyinggah, huhu... bilalah nak berbini...

Kalau dulu asal habis keje petang, midnite je confirm ada kawan mengajak, kadang kala aku yang mengajak, terus jer aku berdesup pegi manapun asal perut berisi. Tapi sekarang... ah malas mau emosi. Habis malas sangat, singgah mapley pekena teh O sama capati. Kalau keje tengah malam lagi la azab nak mencari tempat makan, misi selalunya berakhir di restoran Murni di SS 2 Petaling Jaya, hah hambek kau kat situ nak melahap sampai tak bangun - bangun pun takpe...

Ermm... bezanya zaman dahulu dengan zaman sekarang. Kalau dulu - dulu orang sibuk bekerja untuk mencari makan, tapi orang sekarang sibuk bekerja sampai tak sempat makan. Apalah yang aku sibukkan sangat dengan hal dunia nih??

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang - orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan - pesan dengan kebenaran serta berpesan - pesan dengan sabar (Surah Al Asr ayat 1-3)


7 ulasan:

Azlan Hasan berkata...

jangan lupa jaga waktu makan naz..karang nanti takut kena gastric plak...hehe..

Regards,
-Strider-

keeya mustafa berkata...

kerja sampai tak sempat makan ke?hehe..pas ni kurus menulang la..

zati embong berkata...

tp kan,jat kalau x makan xleh berfikir.hihi

burung berkata...

Kalau dah jodoh tak kemana insha allah.....

Makan kena makan untuk menjaga kesihatan....ataupun tenaga

sabar itu separuh dari imannnnnn

delarocha berkata...

cari bini cepat sikit

c'axoera ヅ berkata...

takpelah diet sket :D

Awie Omar berkata...

lama dah tak singgah sini. apa khabar?
Jemput la baca entri ni
http://awieomar.blogspot.com/2012/02/next-top-blogger-1-episod-6.html