SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

13 Februari 2012

TAK PERLU KATA APA APA... SENYUM !!!



ALHAMDULILAH....

Syukur pada Allah swt, hari ni aku dah sihat walaupun sesekali masih pening dan berdenyut di kepala. Aku dah bersedia untuk bekerja semula selepas 3 hari MC dan berehat 2 hari di hujung minggu, tidak ke mana - mana kecuali keluar membeli makanan. Demam + Sakit kepala + pedih ulu hati menyerang serentak !! Disusuli pendarahan hidung, muntah, sakit sendi, hilang selera makan, hmm... Entahlah, selama mana lagi aku mampu bertahan...

Minggu ni aku bekerja pada syif petang, 3pm t0 12am. Mungkin sedikit relax, dapatlah aku bekerja dalam keadaan tenang tanpa hiruk pikuk suara rakan setugas yang kadang kala mengganggu ketenteraman. Moga tugas aku sepanjang minggu ini akan berjalan dengan lancar, insyaAllah...

Aku nak memohon maaf pada rakan - rakan blogger, lately aku jarang menjengah blog korang, sebenarnya aku sendiri dah kurang berminat untuk berblog lagi, minat untuk menulis semakin mengikis dan terkikis, mungkin pengaruh daripada pihak tertentu yang memandang blog aku ini sebagai senjata yang boleh membunuh reputasi mereka, membuatkan aku sudah tidak bebas untuk meluahkan rasa hati yang berbuku, akibatnya aku yang menanggung kesakitan...

Aku akan terus menulis, mungkin tidak sehebat dulu, sedang mencari alternatif lain untuk berkongsi kisah hidup dengan yang sudi...

Sekarang, tak perlu kata apa - apa, SENYUM !!!!!



7 ulasan:

zati embong berkata...

azat..da pesan kan,jaga diri..

keeya mustafa berkata...

senyum tak ingat dunia!!hee~
gigi terlebih daripada mulut..

pesan katkucing,,jgn lupa gosok gigi okay!

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

semoga cepat sembuh bro..patut la sunyi je blog aku kau lama tak singgah..

khaifaiz berkata...

uishhhh... awatnya lagu ni... kita bersahabat melalui blog ini tau

محمد أمين بن أريس berkata...

senyumlah walau pahit... :)

izan berkata...

hihi ... tak tahan tengok si meow tu ... lain dari yang lain ... semoga cepat ceria spt selalu ...

burung berkata...

Alhamdulilah, syukurilah

Blog tetap berblog jangan patah semangat biarlah mereka memandang blog sebagai apa yang mereka katakan
yang penting nawaitu kita.........

luahkan laaa di blog agar dapat mengubati segalanya.......

Jangan layan kepada mereka yang berada didalam tempurung .....

think out of box .....kata kata semangat utk anda terus berjuang didalam blog Perjuangan Belum selesai......