SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

25 Mac 2012

BUKAN LUPA TAPI TAK INGAT...




Dah lama sangat aku tinggalkan blog ni, maafkan aku blog... rasanya sengaja aku tinggalkan kau seketika. Demi pelajaran dan kerjaya yang semakin mencabar, maafkan aku blog... Tapi hari ini aku mahu meluahkan rasa hati...

Faizal Tahir...

Semalam, agak awal aku tidur, tidak terlalu penat, tidak terlalu mengantuk, mungkin kebosanan, membuatkan aku cepat terlena sambil didatangi mimpi yang tidak enak. Mungkin terlalu obses dengan Faizal Tahir, aku bermimpikan beliau, agak malang sekali aku berada di saat beliau berdepan kematian. Aneh sekali cara Faizal Tahir meninggal dunia. Keadaan beliau agak parah, luka sana sini dan belia terus dimasukkan ke liang lahad. Aku hanya mampu memandang jasad kaku beliau, cuma sedikit kehairanan kerana jenazahnya tidak terus ditimbuskan dengan tanah. Secara tiba - tiba aku melihat kelopak mata jenazah bergerak - gerak dan dadanya turun naik seakan masih bernyawa. Aku kaget, tak tahu apa harus aku lakukan, yang hanya mampu aku buat sekadar memerhati jasad beliau bergerak dan terus merangkak keluar dari dikuburkan hidup - hidup. Apa yang lebih mengejutkan lagi, beliau terbang terus hilang entah ke mana. Aku dan beberapa orang lain yang berada di sekeliling bertempiaran lari, anggapan kami ketika itu Faizal Tahir sudah bertukar menjadi pontianak, aneh... sedangkan ketika itu matahari tegak di atas kepala. Kami yang lari bersembunyi di belukar berhampiran berada dalam ketakutan, jasad Faizal Tahir yang hidup semula dan berterbangan itu mundar mandir mencari sesuatu. Nah, beliau berjaya menangkap beberapa orang daripada kami yang bersembunyi di dalam belukar itu. Apa yang sangat mengejutkankan aku, Faizal Tahir memboncengkan orang yang ditangkapnya dengan motorsikal berkuasa besarnya lalu terus mundar mandir di sekeliling kawasan dan ketika itu aku terdengar lagu yang sangat menyentuh perasaan, barangkali itulah lagu terbaharu beliau...

APAKAH !!!! Apa yang aku mimpikan ini??? Faizal Tahir, maafkan aku... aku amat meminatimu sehingga sering bermimpikanmu... Tetapi mimpinya aneh...

Baucer Buku...

Kau tau tak blog? Semalam kan, aku dengan terhegeh - hegehnya pergilah ke MPH SACC, nak gunakan baucer RM200 yang aku dapat. Agak lama jugak aku di situ, dari 1 rack ke rack yang lain aku mencari buku yang bersesuaian. Agak sukar membuat keputusan disebabkan semua buku yang ada amat berguna, dan akhirnya dapatlah aku beberapa buku yang cukup - cukup jumlahnya RM200 lalu terus aku berbaris di kaunter untuk membuat pengesahan baucer. Ketika tiba giliran aku, mamat yang ditugaskan membuat pengesahan berasa curiga dengan sekeping baucer aku dan terus berkata yang baucer berkenaan tidak dapat digunakan kerana terdapat sedikit kesalahan ejaan pada nama aku. Hal berkenaan benar - benar membuatkan aku sedikit marah, dan menegaskan ia bukan baucer palsu atau apa sekalipun, cuma sedikit saja kesalahan ejaan. Namun mamat 'skema' itu tetap bertegas tidak membenarkan baucer itu digunakan. Agak lama juga kami bertelagah namun demi tidak mahu mengeruhkan keadaan, aku beralah kerana memikirkan aku yang tersalah tulis. Terus aku menuju ke kaunter pembayaran dan menambah RM50 lagi untuk mencukupkan RM200 harga buku - buku yang mahu aku beli. Usai membayar aku terus melangkah keluar dari kedai buku itu sambil merenung tajam ke arah mamat 'skema' itu dengan perasaan amarah...

Kesunyian...

Blog, kebelakangan ini aku berasa aman sunyi walaupun aku sering di kelilingi orang ramai. Ke mana saja aku pergi aku tetap berasa sepi hatta berada di tempat yang bingit dengan hiruk pikuk. Entahlah blog, kenapa aku masih sendirian... Adakah aku terlalu cerewet memilih kawan? Adakah aku sombong? Adakah aku tidak mengikuti perkembangan semasa? Biarlah, aku tidak mengganggu gugat hidup orang lain, cuma masalahnya orang selalu mendengkikan aku. Di kala aku mahu perform dalam kerja, ada saja bunyi yang menandakan mereka tidak berpuas hati. Kalau aku tidak perform dengan kerja, terus saja mereka menghentam tanpa usul periksa. Kenapa orang Melayu ni setiasa saja berasa tidak puas hati dengan orang lain? Kenapa orang Melayu tidak pula berasa cemburu dengan kejayaan orang Cina yang saling membantu satu sama lain dan mencontohi mereka? Aku berasa malang dilahirkan sebagai Melayu...

Berbalik kepada kesunyian, sesekali bertandang rasa hairan... mana perginya teman - teman yang aku sayang? Tatkala mereka kesusahan, aku dicari dan dirayu bantuan, usai mereka senang aku terus dilupakan. Apakah aku sebenarnya hanya dipergunakan? Susahnya mencari teman sejati...

Emak...

Ajat amat merindui emak, Ajat sangat sakit menanggung kesepian. Rencana ajat mahu mendirikan rumahtangga hanya tinggal angan - angan. Entahlah siapa harus dipersalahkan, namun ajat akan menanggung semuanya. Ajat tak tau bagaimana ajat hendak mengkhabarkan kepada emak bahawa cita - cita ajat itu sudah gagal, dan pastinya kegembiraan emak mahu menerima menantu akan berakhir dengan kekecewaan... Agaknya sudah ditakdirkan hidup anak lelaki emak ini akan terus sendiri sehingga akhir hayat, tak punya isteri dan anak - anak sebagai penyambung zuriat. Ajat redha...

Biarlah ajat sudahkan pelajaran ajat setinggi - tingginya, kerana itu cita - cita ajat. Emak usah bimbang, ajat tak pernah sunyi walaupun di hati ajat ini sudah hancur dan sudah serik menerima cinta daripada mana - mana perempuan. Ajat ada emak, ada adik - adik, dan ajat beruntung kerana ajat selalu bermimpikan arwah ayah, cuma... kalau ajat mengikut jejak arwah ayah, janganlah emak bersedih... Doakan ajat untuk terus kuat melawan ujian hidup ini...


Adik...

Maafkan abang, sekuat manapun usaha abang, ternyata abang sudah gagal menjadi abang yang baik buatmu...



2 ulasan:

caer sasuke berkata...

menjadi seorg insan bergelar abg bukannye kesempurnaan yg diharapkan seorg adik..tetapi berada saat susah dan senang bersama itu sudah ckup memadai..apatah lg dicurahkan kasih syg yg x berbelah bahagi..u are special..abg ajat =)

Noor berkata...

Patut r caer suka kwn dgn abg ajat coz abg ajat nie baik orgnyer walaupun ada ckit malu2...