SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 Mac 2012

RM200 UNTUK 10 BUKU...



Akhirnya sekeping baucer 1Malaysia bernilai RM50 yang gagal ditebus di MPH SACC tempoh hari dapat digunakan di MPH OU. Aku bertanyakan kepada gadis ayu bertudung hitam yang bertugas di kaunter berkenaan akan kesilapan yang terdapat pada baucer berkenaan, dan sambil meneliti kad pengenalanku, beliau terus memotong kesalahan itu lalu meminta aku menurunkan tandatangan sebagai 'initial' kepada sedikit kesilapan itu. Dia membenarkan aku menggunakannya sebagai bayaran terhadap buku - buku yang telahku pilih di kedai buku tersebut. Aku tersenyum gembira, namun masih berasa amarahku belum berkurangan terhadap lelaki 'skema' di MPH SACC yang menolak penggunaan baucer itu...

Lengkap jumlahnya RM200, terima kasih kerajaan Malaysia kerana sudi memberi peruntukan kepada golongan pelajar seperti aku untuk membeli sama ada bahan bacaan ataupun kelengkapan pelajaran. TERIMA KASIH !



Inilah sebahagian buku yang aku miliki dengan penggunaan baucer 1Malaysia. Dua lagi yang tidak berada di dalam gambar adalah majalah Al Islam yang aku langgani setiap bulan dan buku 'crossword' untuk dihadiahkan kepada Shikin. Walaupun tidak berkaitan langsung dengan pengajian sarjana yang sedang aku tempuhi tetapi setidak - tidaknya dapat dijadikan bacaan ketika masa lapang. MEMBACA JAMBATAN ILMU...



3 ulasan:

dwaty berkata...

lawo blog....

Ym.Bundle berkata...

untung la zat..hahha..aku nak beli komik pon dah kering ni..

man yusoef berkata...

apesal ko dpat voucher tuh? skrg jadi student ke? hah nampak tak aku dah lost -___-