SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 Mac 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU CTS

Entri terlambat pernah kutulis !!!

Pada 11 Mac lalu aku dan beberapa rakan sekerja berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan rakan setugas kami Siti Sepiah di kampung halamannya di Batu Kikir, Kuala Pilah. Seawal 915am kami telah memulakan perjalanan dari pejabat, terpaksa bergerak awal kerana masing - masing tidak tahu jalan menghala ke sana sambil berpandukan kad jemputan yang diberi, dan kami berhenti untuk berehat sebentar di R&R Seremban pada jam 10am. Di sana kami (aku, Fizi dan Nisa) bertemu dengan sepasang suami isteri yang juga rakan setugas kami iaitu Rozi dan Ain. Kami berlima mula bertolak dari R&R Seremban pada 11am dan meneruskan perjalanan ke Kuala Pilah.

Akhirnya selepas tersasar ke arah Bahau, kami tiba di rumah pengantin perempuan ketika pasangan mempelai sedang menikmati hidangan. Alhamdulilah ketemu juga jodoh Cik Siti (kini Puan Siti). Aku tumpang gembira...

Sesi bergambar bersama pengantin dan rakan - rakan sekerja yang lain mengambil tempat. Tidak kesemua staf RC dapat hadir kerana bertugas ataupun kerana punya urusan tersendiri. Setidak - tidaknya majlis sebegini dapat mengeratkan hubungan kami rakan - rakan sepejabat.






Selepas jam 230pm kami beransur pulang namun aku mencadangkan kepada rakan - rakan untuk berkunjung ke Istana Seri Menanti yang tidak berapa jauh dari rumah pengantin. Tidak terlalu sukar untuk ke sana kerana aku pernah sampai di situ selang beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan Puan Siti. Setibanya di Istana Seri Menanti kami berlima berpeluang melihat sendiri istana yang dikhabarkan didirikan tanpa sebatang paku, menakjubkan !!

Di luar perkarangan istana agak mengizinkan kami untuk bergambar kerana cuaca agak redup selepas hujan renyai - renyai. Walaupun aku tidak mahir dalam fotografi tetapi peluang yang ada aku manfaatkan untuk merakamkan gambar sebagai kenangan kami berlima.




Penat bergambar, kami beransur pulang ke Damansara, menempuh perjalanan dalam kesesakan dan hujan. Terima kasih Puan Siti dan Encik Zaiyadi kerana sudi menjemput kami, selamat pengantin baru...




5 ulasan:

c'axoera ヅ berkata...

aku mmg tak puas hati SEBAB pic ko kecik sgt hahahhaa

Cik tikah berkata...

tahniah ^^

caer sasuke berkata...

Stuju ngan caxoera...haha..pls read my new entry :-)

delarocha berkata...

batu kikir jambatan bosi

aReLaN berkata...

tuan blog bila lak???hahaha..papepon tahniah buat mereka berdua