SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

30 April 2012

BERSIH 3 SUKU




Sabtu lepas, aku singgah di restoran mamak berdekatan rumah, mahu sarapan kenyang - kenyang dengan hidangan roti canai banjir bersama teh o panas, menu biasa setiap pagi minggu. Sebelum memesan makanan dan minuman, pandangan dua biji mata aku yang berlapiskan kaca mata berbingkai ala - ala 'old school' tanpa sengaja memerhatikan kelakuan tidak sopan seorang pekerja restoran itu yang menyeluk kedua - dua tangannya ke dalam baju dan mengusap - usap perut, dan ketika ada seseorang mahu memesan makanan, dia mengusap - usap pula kedua - dia belah pipi yang berjambang. Terus dia menyiapkan pesanan, memegang dan memotong roti canai tanpa mencuci tangan terlebih dahulu... EEEUUUWWWWW !!!!!!

Aku yang telah memandang aksi itu lantas bangun dan keluar menuju ke kereta tanpa sempat seorang lagi pekerja restoran mamak itu mengambil pesanan. 

Selepas ini aku tidak lagi berkeinginan untuk menjamah roti canai di restoran mamak itu. Aku meragui label A sebesar kertas A4 di kaunter restoran itu yang menandakan ia restoran bersih, maaf RESTORAN KHALIFAH SEKSYEN 5 KOTA DAMANSARA, sila bersihkan juga kelakuan pekerja - pekerja anda !!

5 ulasan:

c'axoera ヅ berkata...

hahahahah tu sebab aku mmg banned mamak heheh

Ym.Bundle berkata...

puihh..pengotor betul dorang ni..hampeh..geli aku nak mkn kedai mamak lagi..minum takpa kot..haha..

caer sasuke berkata...

Oo yg ni erk?huhu..buekkk

khaifaiz berkata...

ohhh no... memang aku x kan singgah kedai tu

Mohd Faiz Mazlishah berkata...

Hampeh sbb tu lah ada member ak.sorg mmg xmkn kdai mamak...ak pn nk ikut jejak langkah dia gk lps ni....sokong kdai melayu jom...