SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

01 Mei 2012

HARI INI USIAKU 34 TAHUN



Hari ini, bertarikh 1 Mei 2012 adalah ulangtahun kelahiran aku yang ke 34 tahun, tolonglah percaya umur aku sudah menjangkau ke angka 34. Aku bukan budak - budak belasan tahun lagi, aku bukan remaja usia 20-an, aku sudah berada di usia 30-an, usia tua !!! Tapi aku awet muda, percayalah...

Tiada sambutan hari jadi sehebat artis, aku sudah terlalu tua untuk meraikan hari jadi. Aku cuma duduk mendiamkan diri di kampung halamanku di Gurun untuk bercuti selama seminggu. Aku perlu rehat, aku sudah terlalu penat bekerja dan belajar. Sudah penat melayani sikap manusia - manusia yang selalu menganiaya diriku !!!

Terima kasih kepada sahabat jauh dan dekat yang tidak putus - putus mengucapkan selamat hari jadi, terima kasih kerana mengingati diriku, dan yang paling mengharukan, aku menerima hadiah daripada adik angkatku Caer Sasuke. Sebenarnya sengaja aku meluangkan masa selama dua hari dua malam bersama beliau di Bukit Mertajam sebelum pulang ke kampung halaman di Gurun. Sesungguhnya masa bersama beliau sangat - sangat menggembirakan. Terima kasih Caer kerana menjadi sahabat dan adik ketika susah, senang, menangis, ketawa, terima kasih adikku...


Inilah Caer Sasuke atau Shahir Dajivi, masih single, kepada gadis - gadis yang berkenan silalah berkenalan dengan dia, nescaya hidup anda pasti bahagia selamanya...

Tepat 0000am tadi aku membuka hadiah yang Caer Sasuke berikan ketika kami bertemu tempoh hari...






Hadiahnya adalah sebuah earphone, berpadanan dengan minatku yang gemarkan muzik yang sering aku dengari sepanjang masa dan di mana - mana saja. Terima kasih Caer Sasuke. 

Azamku pada hari jadi kali ini untuk menyudahkan pengajian sarjana secepat mungkin dan terus menyambung ke peringkat PhD. Aku mahu bergelar Dr. Nazrul Azat !!




8 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

Abang!! happy birthday! will sms you =)

caer sasuke berkata...

wah bestnye hadiah..nak jugak..kih3

masMZ berkata...

amboihhhhhhhhh awet muda gitewwww.....


Selamat hari lahir... :)

Ct Mawa berkata...

wah..happy birthday..sama dgn my adik..birthday dia pun hari ni..hehe

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

Happy Besday Dr. Nazrul Azat. Smga di beri kesihatan yang baik untuk terus melakukan semua tanggujawab

wan nurul hezrina berkata...

hepi buffday azad.semoga panjang umo murah rezeki=)

mr. sepet.. berkata...

ang ngaji lek lok na.. aku ni dan 2 sem ja master, pastu malas dh nk p kelas.. hahaha.. sebuk ngn keja sama..

Ym.Bundle berkata...

betul la azat..walaupon ko remaja purba..ko tetap awet muda..aku percaya..hehe..