SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

29 Mei 2012

KALAULAH ACCIDENT TU BETUL-BETUL JADI...




Engkorang pernah tengok satu scene "FINAL DESTINATION" sequel yang ke berapa entah aku tak ingat, di mana dekat satu jalan raya tu secara tiba - tiba berlaku accident dan yang agak ngeri adalah kayu balak jatuh dari lori dan sebuah kereta merempuh kayu balak yang tengah melayang tu, PERGH !!!!! On the way ke Putrajaya petang semalam, keadaan yang hampir lebih kurang berlaku. And the story goes like this...

Lori besar yang penuh berisi kayu pokok dipandu di sebelah lorong paling kiri, dengan laju tak lajunya tamby tu bawak, motor mengekorI lori tu tak jauh dari belakang, dI depan sikit ada lori rosak kat emergency lane, aku pulak drive pada kelajuan 100kmj di lorong tengah, tiba - tiba sebatang kayu pokok yang sederhana besar jatuh ke jalan dari lori tamby tu dekat dengan lori yang rosak di tepi jalan tu, mujur la kayu tu terus bergolek ke emergency lane dan orang yang bawak motor tu sempat mengelak dan berhenti mengejut berdekatan lori rosak tu, dan kebetulan jugak tak ada kereta lain di belakang motor tu, kalau tidak... kemungkinan besar motor tu langgar kayu tu dan jatuh lalu kereta di belakangnya melanggar dan aku yang memandu berdekatan jugak berkemungkinan besar terlibat sama dalam nahas...


Sehingga ke saat ini aku masih berasa ngeri...




7 ulasan:

ZWAN SABRI berkata...

Syukur x dak perkara yang x diingini berlaku kann.. sumpah scary gila klaw menda camni terjadi.. huhu

khaifaiz berkata...

tragis sungguh... aku pun turut merasakan kengerian itu

Cik tikah berkata...

terlalu banyak imaginas final desti tu. ngeri!

محمد أمين بن أريس berkata...

uishhhh....seriau dengar...

ch000tz axoera ヅ berkata...

hahaha ko kena tgk citer "wrong turn" lah babe..kalau bebetul kau nak rasa real heheheheh...gi cari CD citer tu cepat hahaha

Ibnuismaini Ismail berkata...

Macam citer Final Destination 2 plak.

Zul Fattah berkata...

mak aii.. bahaya betul.. hati2 r masa bwak kereta tu..