SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

03 Mei 2012

MARIA... AKU MERINDUIMU





3 April yang lalu, kembali untuk selama - lamanya ke pangkuan Ilahi seorang sahabat karibku, Rosmaria Ishak. Maaf, agak terlambat untuk aku menghasilkan nukilan khas ini sebagai kenangan abadi dan memperingati persahabatan di antara aku dan arwah. Aku sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menerima hakikat pemergiannya. Ternyata ia satu kejutan yang besar buat diriku dan rakan - rakan. Kemalangan ngeri adalah punca kejadian yang telah meragut nyawa arwah, di pagi hari tatkala arwah memandu untuk ke tempat kerja. Berita nahas boleh dibaca di sini.

Arwah aku kenali ketika kami sama - sama memulakan pengajian di UiTM pada tahun 2000, adalah seorang yang sangat baik, sepanjang persahabatan kami dan memang aku pasti, tidak sekalipun arwah pernah menyakiti hatiku, malah jauh sekali untuk melakukan sesuatu yang mencalar persahabatan kami dan rakan - rakan yang lain. Aku, arwah, Rosmanita dan Nursimi sememangnya sering bersama dalam melakukan tugasan berkumpulan, dari awal pengajian sehinggalah kami menamatkannya pada tahun 2003. Arwah sorang yang tidak mengecewakan, sering tersenyum, tidak cerewet dan amat menyenangkan. Maria, mengapa kau terlalu cepat pergi???

Tengah hari 3 April 2012, aku dikejutkan dengan panggilan daripada Rahfazillah, dalam kepanikan dia memberitahu Maria meninggal dunia akibat kemalangan. Subhanallah !!! Telefon yang kugenggam hampir terlepas dari pegangan, secara tiba - tiba juga aku berubah reaksi menjadi sebak, malah rakan yang berada di hadapanku kehairanan melihat riak muka dan emosi diriku yang mendadak berubah. 

Lantas aku menghubungi rakan - rakan yang lain, sesiapa saja yang terlintas di fikiran. Mujur ada FACEBOOK, berita sedih ini cepat dikhabarkan di kalangan kami rakan - rakan arwah. Kami semua sama - sama bersedih. Terlintas di fikiran yang arwah pernah merancang untuk bertemu denganku, tetapi aku tidak dapat memenuhinya dan menolak dengan baik  kerana kesibukan tugas. Rahfazillah juga turut bercerita, arwah baru saja menghubunginya dan berkata yang dia sangat - sangat merindui kami rakan - rakannya, aku terkedu...

Maria, semoga engkau tenang di sana... AL FATIHAH











5 ulasan:

caer sasuke berkata...

al fatihah..tak sume yg kite ade akan selalu kekal..percaturan manusia dan seisi alam hanya Allah sahaja yg mampu menanggapi..la tahzan abg azat..terigt arwah kawan gak..bgn dan terus kuat =,)

محمد أمين بن أريس berkata...

al fatihah...semoga persahabat membawa ke syurga...azat ko teruskan usaha mesti dia nak tengok ko berjaya n happy...apapun Allah lebih menyayangi dia...azat igt dia dalam setiap doa kau...ni la cara nak bukti kita sahabat sejati... :')

erma nazillah berkata...

al-fatihah buat allahyarhamah

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

Takziah.. moga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman

Anisa Hang Tuah berkata...

al fatihah utk arwah kak maria ='(