SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

26 Jun 2012

JANJI DITEPATI







Semalam telah diumumkan tema sambutan ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke-55 pada tahun ini ialah

JANJI DITEPATI

Ia sangat signifikan dengan sesuatu pada konteks diri seseorang yang aku kenali, dan aku tidak akan sesekali mengungkit. Semoga kesedaran akan terbit dalam dirimu...


Gambar diambil dari GOOGLE

Minggu ini aku bekerja syif malam, 12am sehingga 9am. Cabarannya cuma perlu menahan diri untuk tidur, atau dalam kata lain, bukan tidak boleh tidur langsung, cuma berpada - pada. Aku tidak mahu makan gaji buta. Aku mahu keberkatan dalam setiap titik peluhku terhadap tugas yang aku galas...

Tidak kutahu apa yang mahu direncanakan tatkala bekerja malam, selain meneruskan kerja seperti biasa yang entah sampai bila. Kesibukan menyiapkan tugasan dan peperiksaan sudah berlalu, cuma ada satu laporan tugasan belum diserahkan pada pensyarah, barangkali pagi ini aku menemui Dr.Zuraidah dan menyerahkannya, setelah itu selama tiga bulan tidak akan aku jejaki UiTM Puncak Perdana. Aku berserah kepada Allah swt setelah berusaha dalam pelajaran, aku bukan pelajar terbaik namun telah sehabis baik aku lakukan. Sukar untuk aku fokus pada pelajaran sedangkan tuntutan kerja juga perlu diutamakan. InsyaAllah, aku akan lulus dengan baik kali ini... Semester akan datang bakal bermula pada bulan September barangkali, dan aku akan meneruskan perjuangan untuk dua semester lagi sebelum bergelar graduan sarjana... InsyaAllah, akan kuteruskan ke peringkat PhD.

Setibanya di pejabat malam tadi, emel terus kubuka, antara yang menarik perhatian ialah emel daripada encik MRC, sudah tentunya jadual kerja ketika hari raya akan datang. Alhamdulilah, aku ditugaskan untuk bekerja, seperti yang dijangkakan. Tidak mengapa, aku diberikan peluang untuk bercuti pada sambutan hari raya tahun lepas, maka tahun ini sewajarnya aku memberi giliran kepada rakan - rakan setugas yang dikehendaki bekerja pada tahun lalu. Emosi tetap ada, aku cuma perlu bersabar... InsyaAllah mungkin setahun selepas ini aku punya kerjaya yang lebih menjamin masa depan, mungkin punya lebih masa untuk aku fokus pada kehidupan dunia dan akhirat...

Sekian...



4 ulasan:

Asrul "iLham" Sany berkata...

owh, kehidupan seorang student ~

ceh aku ingatkan sape mr lonely dok komen blog aku, skali ko daa... lonely2 lagikah?
carik kesayangan satu (or sekor) lol

caer sasuke berkata...

be strong..wait for my call during raya =p

zati embong berkata...

jat teman azat raya nnt.xnk sedih2..

aidil dbahri berkata...

x perna lupa. belum smpi masanya