SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

04 Ogos 2012

KEMBALI SELEPAS MENGHILANG...




Lama bebenor aku tak menyemak kat blog bucuk aku nih kan... Mesti kamurang semua merindui kehilangan aku kan (kalau ade laaa). Saje je kebelakangan nih buat - buat sebok mengalahkan Encik Obama, Presiden Amerika pertama yang bukan putih, ape kaitan entah dalam ini cerita aku pun tidak menahunya pon, adoiiii...

Aku baru saje baik dari demam, gile - gile panas punya demam sampai aku buat eksperimen menggoreng pakai fry pan di atas dahi aku telor ayam 4 bijik yang dijadikan omelet bercampur hirisan bawang besor same kobis dan sedikit mayonis... hahahaa meraban. Hatta bertempekkan COOL FEVER berlapis - lapis pon ngak maunya demamku baik. 3 hari berturut pulak tuh, ditambah pulak pendarahan hidung, lama kot aku dah tak berdarah hidung nih. Kejadian di bulan puasa ini amat menguji kesabaran, dan akibatnya aku terpaksa la berbuka puasa awal untuk makan ubat, kalau tidak, tak taulah apa jadi. Kerana demam juga aku hilang langsung selera makan, apa saja yang aku masak dan aku beli akhirnya disumbat ke mulut tong sampah, serius mati selera. Teringat nak makan masakan mak aje walaupun mak tak berapa rajin nak masak pun hahahaa.... Sedih kot aku rasa, termenung memikirkan puasa kali ini tak penuh disebabkan sakit. Orang kate ini kifarah, entah lah, aku tau aku banyak juge dosa kat Tuhan, huhuhuu...

Punca aku demam disebabkan tak cukup rehat, baru - baru nih aku keje hari ahad di sebelah pagi, dan sebelah malamnya aku masuk keje balik untuk 5 hari lagi. Suhu di opis kalau keje malam dah serupe kat Eropah sane, dah tak susah dah aku nak merase ala - ala dekat Helsinki sedangkan kat opis aku di waktu malam pun sama kaedahnye, kau ade? Hahaha... Walaupun ketepuan lemak aku dah terlebih cukup, tapi belum mampu jadi penebat terbaik melawan sejuk aircond, dah la tak boleh katup sebab aircond tu centralized, akibatnya aku yang belum jadi mayat lagi dah merase dok dalam bilik mayat. Aku terpaksa ponteng pada hari kelima bekerja, aku dok rumah diam diam je dan tido, itu je yang aku perlukan sebagai ubat!! Marahlah ajelah encik bos, saya dah lemau serupe biskut masuk angin !!!

Tadi sempat menilik jadual keje sampai tembos, tiba - tiba rasa buat - buat terkejut beruk yang aku cume ada ahad esok (05 Ogos 2012) dan next weekend untuk aku pegi membeli dan belah sebelum segenap shopping complex yang ada kat Malaysia nih dipenuhi orang. Maka tersenyumlah tokey emporium mengira wang juta-juta RM. Tak maunya aku berlaga punggung dengan makcik - makcik hanya disebabkan aku seorang yang babyface, hahahaa... Nak beli mende entah, tahun ni keje, raya di opis, semangat nak beraya tu dah awal - awal melayang balik Gurun meninggalkan aku menjadi zombi, kesian kat aku kan, mau meratap bagai mati kucing pagi raye nanti...

Semalam susah jugak la aku nak lelap, bukan disebabkan aunty berbangsa Tiong Hua bawah rumah aku yang kerap menyumbangkan lagu di petang hari smpai aku boleh olok - olok balik apa yang dia karaokekan, mungkin juga disebabkan bebudak di kejiranan aku tu jadi pakar bahan letupan, bersilih ganti bunyi mercun siang malam pagi petang, harap ada la sekor dua hilang jari, suasana bising ditambah lagi dengan siren polis yang sesekali berbunyi menghambat ape aku tak taulah, tak sangka plak Kota Damansara dah jadi tempat encik polis main kejar - kejar dengan orang jahat, tiap - tiap malam mesti ade punya. Sesekali kedengaran kereta dan motor berkuasa tinggi menekan minyak, adehh... takde tempat lain ke nak dijadikan litar lumba. Itu belum deruan motor - motor mat rempit lagi. Kerajaan tempatan yang menguruskan Petaling Jaya boleh tak sediakan bonggol - bonggol di jalan Persiaran Sepah Putri 5/7 sebab dekat situ orang suka bebenor memecut laju kot termasuk la aku hahaha... Lepas tu nak habaq mai, ada la kucing dua tiga ekoq boleh pulak bikin drama kat bawah flat aku, ni pic tertinggi jugak yang kucing - kucing tu pekikkan, naik sawan aku dibuatnya. Ni mesti kes berebut kucing betina, tak pun berebut kawasan jajahan. Akhirnya aku sendiri tak tau macam mana aku terlelap...

Apa lagi nak meroyan kat sini. Disebabkan aku dah masuk tahap malas nak mengotorkan dapur dan selalu tak habis makan, mulai semalam aku dah mula pegi bazar ramadan atau BARAM selepas 14 hari berpuasa. Bajet dalam RM20 untuk beli makanan berbuka puasa dan sahur, dapat la beberapa jenis makanan untuk aku baham sorang. Air boleh bancuh sendiri, cume semalam aku beli air tebu, perghhh nikmat. Yang tak berapa best, murtabak yang aku tapau semalam sungguh tak sedap, nasib baik je tu aku beli sebab anak pakcik yang layan belian aku tu cute macam kakak kawan aku. Hari ni tak tau nak menjamah ape, makan sorang - sorang kat rumah sambil mengadap tv yang rosak sangat memilukan perasaan...

Tahun ni merahkah? Hijaukah? Pink boleh tak?

(picture from GOOGLE)

1 ulasan:

Alif Ismail berkata...

Salam Ziarah Ramadhan...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan penuh istiqamah...

http://www.alifismail.com/2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak.html