SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

30 September 2012

BERFIKIR, TERFIKIR, MEMIKIR...




BERFIKIR, TERFIKIR, MEMIKIR...
Banyak assignment yang sudah diberikan oleh pensyarah tetapi aku sendiri masih teragak-agak bila aku mahu memulakannya...

BERFIKIR, TERFIKIR, MEMIKIR...
Rozi dan Ain selamat menimang anak sulung, kawan-kawan yang lain sudah ramai beranak pinak, aku bila lagi??

BERFIKIR, TERFIKIR, MEMIKIR...
Aku perlu membeli sebuah komputer, tidak boleh terlalu bergantung kepada notebook ini kerana selalu terhempas. Suatu hari nanti pasti terus rosak...

BERFIKIR, TERFIKIR, MEMIKIR...
Keadaan kesihatan mak selalu terganggu, aku mahu pulang tetapi masa amat menghalang, untunglah sesiapa yang tinggal berdekatan dengan keluarga. Hargailah orag tua anda...

BERFIKIR, TERFIKIR, MEMIKIR...
Jangan salah anggap dengan aku yang selalu memakai t-shirt berkolar V, ia sesuai untuk menutup aset gempal milik aku...

BERFIKIR, TERFIKIR, MEMIKIR...
Bajet 2013 hanya sedikit sahaja faedahnya untuk aku, kurasakan terpinggir kerana bekerja di sektor swasta...

BERFIKIR, TERFIKIR, MEMIKIR...
Hujung minggu mahu berehat dengan tenang di rumah namun anak-anak jiran membuat bising, sudah ditegur namun ibu bapanya pula yang menarik muka...

BERFIKIR, TERFIKIR, MEMIKIR...
Mahu buat sendiri samurai burger tetapi sos teriyaki yang dijual di kebanyakan kedai mengandungi alkohol, hurmm...

BERFIKIR, TERFIKIR, MEMIKIR...
Aku berasa lebih positif dengan berbaik sangka, terima kasih kepada yang menegur...

BERFIKIR, TERFIKIR, MEMIKIR...
Mahu bercinta lagi...




2 ulasan:

caer sasuke berkata...

caer berfikir,terfikir,memikir untuk hi tea dgn saudara nazmil azhad =)

Tembikai Laici berkata...

berfikir, terfikir & memikiaq...
nak buat Durian Crepe... ngehngehngeh