SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

25 September 2012

BERINGAT SEBELUM KENA...



Kedengaran seakan tingkap dapur dibuka dengan amat kasar, pecah berderai cermin tingkap jatuh ke lantai dapur. Aku yang tersedar dari tidur terus menerpa ke dapur lantas melihat seorang lelaki cuba memecah masuk ke rumah melalui tingkap dapur. Aku yang panik terus saja menjerit meminta bantuan jiran sekeliling. TOLONG !!!!!! 

Mimpi di lewat petang hari, tatkala sedar, jam di dinding 10 minit melepasi 7 malam, itulah, tidur lagi di petang hari. Apa yang aku perasan memang aku menjerit TOLONG dengan agak kuat. Besar juga impak igauan mimpi itu. Apa yang hendak dikata, aku memaksa diri sendiri untuk tidur, demi mahu merehatkan kepala yang sudah dua hari berdenyut kuat bagai hendak pecah. Dua hari juga aku terpaksa MC. Kata doktor, aku stress...

Tak tahu apa yang mahu diperkatakan malam ini, dan aku sendiri perlu berhat-hati dengan setiap ayat yang digubah menjadi entri, khuatir akan merobek perasaan orang lain. Entahlah, situasinya kini cuma aku saja yang perlu berjaga - jaga untuk tidak menyinggung perasaan orang lain, sedangkan orang lain betah menyakiti perasaan aku. Biarlah, Allah Maha Mengetahui...

Sana sini aku dengar keluhan orang, kata mereka keadaan kewangan agak meruncing selepas hari raya. Mungkin mereka terlalu berbelanja, mungkin juga terpaksa menjaga hati mana - mana pihak, mungkin juga untuk menunjuk - nunjuk, Alhamdulilah aku tidak terlalu terkesan dengan kegawatan ekonomi pasca hari raya. Ada kawan - kawan yang mahu meminjam sedikit wang buat belanja, namun aku agak keberatan untuk membantu kerana pelajaran aku amat menuntut keutamaan. Maafkan aku...

Baru - baru ini, bukan niat untuk memasang telinga, terdengar perbualan dua rakan sekerja yang berbual dalam dialek Kelantan, butir perbualan jelas aku fahami, ia berkaitan hal rumahtangga. Mereka berbincang dan berkongsi cerita tentang masalah seorang sahabat yang punya masalah dengan isteri. Mereka baru beberapa bulan berkahwin, namun tidak bahagia kerana sang isteri tidak pandai menjaga hati sang suami sedangkan sang suami berhempas pulas menjaga sang isteri. Sang isteri seorang wanita bekerjaya dan tidak bergantung sesen pun wang suami, dan itu dijadikan lesen besar untuk sang isteri hidup bebas. Dan kini rumahtanggga mereka ibarat retak menanti belah. Salah seorang rakanku itu menambah, sepanjang perkahwinannya juga sesekali berlaku gelora, adakalanya isterinya  mendatangkan masalah, sehingga ada ketika dia tidak memampu mengawal emosi. Aku yang sekadar mendengar berasa gerun dan takut untuk berkahwin. Mungkin setiap orang punya cabaran tersendiri, namun pada aku biarlah aku benar - benar bersedia dari segi zahir dan batin untuk mendirikan masjid... 

Masa untuk aku merehatkan diri, esok petang kelas bersama Prof. Dr. Sohaimi, sangat memerlukan konsentrasi. Sekian...




3 ulasan:

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

sy dulu pn mcm tu bila selalu dgr masalah rumahtangga org jd takut jugak nak kawen tp perjalanan hidup stp org x sama... kalau kita takut sblm mencuba mcm kita takut byg2 sendiri

khaifaiz berkata...

selamat belajar sahabat...


lama tak dtg sini

caer sasuke berkata...

no pain no gain..kite kena berani baru boleh maju..setiap perkara ada risiko..orang yang gagal selalu mengalah sebelum berjuang dan orang yang berjaya tidak tahu apa itu erti mengalah..=)