SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

19 September 2012

BULI BAH KALAU KAU !!!



Masuk minggu kedua semester 3, sedikit lega kerana belum mendapat apa-apa assignment, sudah maklum dengan projek yang perlu dibuat sepanjang semester ini, tetapi perlu bersiap sedia jika secara tiba-tiba diarahkan untuk membuat article review dan reflective essay, antara jenis minor assignment yang aku tidak berapa berkenan, sudah namanya pun belajar kan, layankan saja...

Minggu lepas berlangsung sambutan rumah terbuka di tempat kerja aku. Sedikit terlewat untuk memperkatakan tentangnya di sini. Oklah, hendak dikatakan meriah sangat rasanya biasa-biasa saja. Setiap jabatan akan mewakili negeri-negeri di Malaysia dan jabatan aku tampil dengan tema Sabah, jadinya segala hiasan sehinggalah kepada pemakaian dan makanan mesti melambangkan identity Sabah. Apa jenis makanan yang disediakan aku tidak berapa mengingatinya, cuma ingat kuih cincin, sudah biasa sangat kerana aku kan keturunan orang Sabah, hehehee...

Sebagai persembahan mewakili jabatan aku, tarian sumazau dan lagu ANAK KAMPUNG yang diselitkan dengan tarian flash mob jadi pertaruhan. Kelam kabut kacau bilau bersepah semuanya terangkum sekali. Akhirnya tidak menang apa –apa, biarlah, AMG sudah kerap menang tahun-tahun kebelakangan ini. Cuma biasalah, ibarat rumah sudah siap tapi pahat terus berbunyi, ada saja pihak yang berasa tidak puas hati dan menyalahkan satu sama lain kerana gagal memenangi apa –apa kategori, tak mengapa, kita cuba lagi tahun hadapan...

Tiada gambar untuk dipaparkan di sini kerana aku belum memperolehinya daripada rakan-rakan yang mengambilnya. Nanti bakal dipaparkan kemudian dalam entri berikutnya. Apa yang penting hari itu aku cuma makan puas-puas, hehehee...

Baru-baru ini berlaku konflik di antara aku dan seorang sahabat berkaitan hutang. Ingin aku jelaskan di sini aku tidak menuntut hutang itu serta merta, aku masih memberi masa untuk dia mendapat kerja tetap dan barulah hutang itu dibayar sedikit demi sedikit mengikut kemampuannya. Mungkin dia terasa hati, maafkan aku sahabat. Aku mengaitkan hal hutang itu terhadap orang lain tetapi dia turut terseret sama, maafkan aku. Dan aku membuat keputusan muktamad di mana dia perlu menjelaskan hutang itu bila mana dia sudah bekerja tetap, aku tidak mahu berlaku kejam dan tidak bertimbang rasa. Ini kenyataan maaf secara terbuka daripadaku terhadap kamu sahabat, harap kamu dapat memaafkan aku...

Lambatnya masa berlalu, tak sabar mahu masuk ke kelas walaupun mengantuk dek bekerja malam. Sekian untuk kali ini...


3 ulasan:

Ym.Bundle berkata...

selamat hari raya zat..sempat lagi kan..haha..sumandak ada bah?

::PoRcUpiNe:: berkata...

Teringat sahabat saya pun ada berhutang tetapi smpi dah kerja pun tak bayar2..Huhu ape lah nasib:(

Tembikai Laici berkata...

bab bab wang ringgit ini mmg sensitif...
adik beradik pong boleh jadi gaduh ooo...
Kalau tak silap, dept adik sy dapat tema Utara... ;))