SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

28 Oktober 2012

HIDUP INI BAGAI TRAFFIC LIGHT...





Hurm... kembali ke kota metropolitan KUALA LUMPUR yang lebih senang disebut K.L pasti membuatkan diri aku sesibuk traffic light yang tak berhenti berkelip memberi isyarat, dan bila traffic light itu berhenti berkelip akan kacau bilaulah lalu lintas dan membuatkan semua orang stress, hahaaaa...

Esok dah nak balik K.L, assignment hanya sesedikit disentuh setakat membuat draft, ah semua celah gigi. Sekali hadap siap punyalah. Bercakap tentang sambutan hari raya Qurban Jumaat lalu, ini adalah julung - julung kalinya aku menyambutnya bersama keluarga selepas dua tahun aku tidak pulang pada aidiladha yang lepas - lepas dek kerana MALAS !!!. Mak pun dah tak boleh nak kata apa sebab aku kerja di tempat yang MAHA BUSY sampai nak cuti pun kene amek turn segala bagai. Aidiladha kali ni dapat la aku merasa sesuap dua daging qurban, tak boleh banyak der, aku dilarang keras sama sekali oleh doktor memandangkan tekanan darah aku amat tinggi. Ermm... bercakap tentang itu, dengan beraninya aku mengatakan yang aku mengidap FATTY LIVER. Atau dalam kata lain, hati berlemak, sejenis sindrom penyakit hati. MASYAALAH !!! Diagnose doktor ketika aku dimasukkan ke wad di SJMC pada 2006 lalu bukan propa, memang benar aku mengidap masalah berkenaan dan aku masih buat muka selamba !!! Kata doktor, fatty liver juga boleh mendatangkan komplikasi buruk pada masa mendatang jika aku tidak bersungguh untuk mengatasinya. Kenapalah doktor tak cakap je aku mengidap kanser hati ?? Baik aku mati awal daripada hidup makin hari buat dosa...

Semalam, sekadar membuang masa bermain dengan BlackBerry cikai yang aku baru aje beli, aku BBM dengan seorang sahabat. Nak dijadikan cerita aku tersalah cakap, aku mengaku awal - awal aku tersalah cakap, niat sekadar untuk bergurau. Kata aku dalam BBM tu "Tau, engkau malas nak layan aku...". Aku cuma berkata begitu kerana melihatkan reaksi ayatnya yang acuh tidak acuh. So, mungkin dia sentap kot sebab dituduh macam tu. Terus dia reply dan cakap yang aku suka sangat nak emosi.. "UP TO YOU!!". Ermm, nampak gayanya berlakulah lagi insiden salah faham antara aku dan sahabat. Aku minta maaf, aku tau cara aku tak kena kot, dan aku terus berusaha untuk memujuk dia supaya memaafkan aku. Katanya "apa apa ajelah..." Terasa jugak aku pon. Tak mengapalah apa nak buat kalau orang dah marah, salah aku jugak tak aware pasal mood orang lain. Its okay, adalah lebih baik aku yang mengalah, dan untuk bermusuhan dengan sahabat adalah jauh sama sekali, so, di sini secara terbuka aku mohon maaf, aku akan cakap lemah lembut alahai je selepas ini, dan jaga hati kau baik - baik ye Mr. Dumex... hahahaaa

Selasa lepas, sebaik habis waktu kerja aku terus memandu kereta kesayangan menuju ke Kuala Kangsar, sudah berjanji untuk menemui seorang sahabat yang juga merangkap adik angkat - Caer. Aku tiba di rumahnya menjelang 10pm. Aku disambut dengan penuh mesra oleh Caer dan ibunya. Tujuan aku menziarahi Caer adalah sebagai memenuhi janji untuk menemuinya setelah beberapa bulan tidak berjumpa. Malam itu aku menumpang tidur di rumahnya, menantikan hari esok yang pasti ceria. Keesokan paginya riuh di luar kerana emak dan kakak kepada Caer berniaga kuih dan nasi lemak secara kecil - kecilan. Walaupun tidak memberi keuntungan lumayan namun keluarga Caer hidup dengan bahagia. Melihatkan keadaan rumah Caer yang tenang membuatkan aku berasa seperti di rumah sendiri. Walaupun tidak segah rumah batu bak istana, namun sudah cukup selesa buat mereka sekeluarga. Pagi itu kami bersarapan bersama - sama dengan hidangan nasi lemak dan kuih muih yang emak dan kakak Caer sediakan. Alhamdulilah amat menyelerakan. Lewat pagi Rabu itu aku memulakan perjalanan pulang ke Gurun dengan perasaan berbesar hati kerana layanan baik Caer sekeluarga, yang sudah kuanggap keluargaku sendiri. Caer atau nama penuhnya Mohammad Shahir mula kukenal pada 23 Oktober 2011, kuingat lagi ketika itu paparan entri di blognya adalah tentang kerinduan caer terhadap bapanya yang sudah meninggal dunia. Aku bersimpati dan memahami keadaan dirinya kerana sehari sebelum itu (22 Oktober) adalah tarikh kematian arwah ayahku. Pada tanggal 23 Oktober 2011 kami mula bersahabat dan ternyata kami menjadi rapat seakan saudara kandung. Terlalu banyak duka yang Caer tempuhi, ada kisah tentang bagaimana keluarga Caer mengalami kesusahan ketika gerai makanan keluarganya rosak akibat dihempap pokok dan orang sekeliling menyalahgunakan bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada Caer sekeluarga. Dan kini dugaan datang lagi apabila kakak kepada Caer terus - terusan diuji dengan gangguan mahkluk halus dek kerana masalah peribadi dan gangguan itu berpanjangan sehingga kini. Satu demi satu keluarga Caer diuji namun tiada satupun dapat mematahkan semangat mereka sekeluarga, tetapi ujian maha hebat adalah dengan pemergian ayah Caer ke pangkuan Ilahi, pemergian lelaki yang menjadi tunjang keluarga Caer memeritkan keadaan. Mujur mereka punya kekuatan yang luar biasa untuk bangkit, dan kini satu demi satu anak - anak allahyarham Yusof Dajivi mengukir kejayaan dalam hidup masing - masing. Ternyata kekurangan hidup bukanlah halangan besar untuk maju dalam hidup. Caer sendiri berdepan dengan dugaan dengan pengajiannya di IPG Bukit Mertajam, dia seringkali dipergunakan dan dilupakan begitu saja selepas dia memberi khidmat. Caer juga terlalu berjimat, sering mengikat perut demi untuk tidak membebankan keluarganya. Insyaallah dalam tempoh dua tahun lagi Caer bakal bergelar seorang guru. Sepanjang bersahabat dengannya, alhamdulilah, Caer banyak memberi tunjuk ajar kepadaku, malah tanpa bosan berpesan dan mengingatkan tanggungjawabku kepada  Allah swt. Inilah erti sahabat yang sebenar, sahabat yang tanpa jemu mengingatkan aku tentang amal maaruf nahi mungkar. Makcik Fatimah, Caer adalah anak yang terlalu baik. Nor, Ida, Shukri dan Shawal, kalian bertuah punya adik sebaik Shahir, aku mohon kalian sayangilah dia...

Esok, bertarikh 29 October adalah ulangtahun kelahiran adik bongsu aku si Ijai yang akan berusia 22 tahun. Dah tua dah adik kecik aku sorang tu, adik yang dulunya aku basuh berak dan kencing, mengajarnya ABC 123 alif ba ta, dah macam bibik je aku rasa menjaga budak sorang tu. Alhamdulilah dia semakin menginjak dewasa, dan akan aku paksa dia untuk menjadi seorang engineer satu hari nanti, sememangnya dia tiada pilihan kerana sekarang itulah jalan yang dia pilih. Angah sayang kat hang Ijai Kojai, hahahaaa....

Oklah, blog ini akan sesekali sunyi sepi kerana tuan empunyanya yang memang tak hensem tu sedang buat - buat sibuk menyiapkan pra thesis, sesiapa rasa nak contact boleh saja pegi ke salah satu FACEBOOK saya yang menumpang kehenseman muka Thor itu ye, byeeeeeeeeee....



3 ulasan:

caer sasuke berkata...

happy besday ijai =,)

Tembikai Laici berkata...

traffic light tu adalah niknem kawan fB cheq... hehehe
Bertuah ler dapat kawan semacam caer itu, zaman la nie tau saja la.. mmg susahhh sgt dah nak jumpa kawan yang betoi2 kita boleh masukkan dalam senarai kawan. Seharusnya masuk dalam senarai kenalan jer kotttt...

Noor berkata...

sedih rasanya bila baca entry nie terutama mengenai kehidupan caer... kenangan mengusik jiwa bersama arwah abah tak pernah lekang dari ingatan....semoga arwah abah tenang di sana dan senyum melihat kejayaan anak2mu.