SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

04 Oktober 2012

SENANG PUN SUSAH, SUSAH LAGILAH SUSAH...




Selepas habis kelas Prof. Adnan 9.15pm tadi, aku meluru ke kereta dengan seberapa segera, mahu mencari sesuatu untuk dimakan. Aku cuma sempat menjamah ubi kayu rebus dan jemput-jemput pisang untuk menggantikan makan tengah hari lewat petang tadi. Setibanya di Seksyen 6 Kota Damansara, aku mundar-mandir mencari tempat makan yang bersesuaian, hampir 3 kali 'bertawaf' di kawasan berkenaan namun selera aku terbantut melihatkan ramainya orang di gerai-gerai makan. Mungkin kerana mahukan privasi dan mahu menikmati makanan dalam keadaan tenang, aku terus memandu menghala ke restoran berdekatan dengan rumahku. Masuk sahaja ke perut restoran, terus saja aku memesan makanan - NASI GORENG USA, JUS TEMBIKAI. Keadaan restoran agak tenang, cuma suara dari kaca tv memecah suasana malam. Pelayan kembali mendekatiku, katanya jus tembikai tidak dapat disediakan kerana kehabisan tembikai. Aku menggantikannya saja dengan teh o, namun yang tiba kepadaku teh o ais dan makanan yang aku pesan bertukar menjadi NASI GORENG BIASA. Adakah aku yang tersalah sebut atau pelayan tersebut yang tersalah dengar? Malas untuk menunggu lagi, aku terus saja menyuap dan menyedut apa yang ada di depanku...

Tiba di rumah, kipas kupasang laju, sambil bersandar lesu di kerusi aku berfikir, semakin senang hidupku, semakin sukar untuk aku mencari sesuatu untuk kepuasan diri...



3 ulasan:

Ez Vina berkata...

Kalau kedai itu 'kosong' mesti ada sebab yang munasabah :)

caer sasuke berkata...

macam bace novel pon ade..hehe =p

Tembikai Laici berkata...

awatt tak oder ayaq Tembikai Laici...
depa buat nasi goreng Biasa pasai bukan org USA yg nak makan kottt... hehehe