SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

10 November 2012

APA DAH JADI DENGAN ANUGERAH SKRIN 2012 ???




Tarikh hari ini ialah 10.11.12, kebetulan...

Lama tidak update blog, tak tau apa yang mahu diperkatakan, tidaklah terlalu mengharap sesiapa membaca kisah aku yang sesekali misteri dan selalunya huru hara, cuma aku senang bercerita di sini - tak puas hati, marah, gembira, sedih, bersyukur - aku tak punya teman sejati untuk berbagi emosi dan isi hati, sedih...

Minggu lepas aku bekeja syif malam - 12am to 9am, tidaklah terlalu membebankan, cuma aku sangat susah untuk tidur di siang hari setelah sepanjang malam berjaga, bukannya tidak tidur langsung sepanjang malam, sekadar mengambil masa sejam dua untuk lelap tapi sedikit payah, tidur di office tidak sesedap rasa tidur di rumah, di atas tilam empuk bersama bantal yang dirangkul dan dipeluk yang aromanya masam dan penuh bekas air liur, hahahaa... Maaf, sesekali bercanda. Apabila selesai syif, aku pulang ke rumah dengan keadaan badan yang kembali segar walaupun mata rasa mengantuk, maka mata berkelip - keliplah memandang siling , jeling sana dan tenung sini, tv silih bertukar siaran, namun aku tetap gagal untuk tidur, lewat petang sesudah asar barulah aku mula rasa mengantuk, akibatnya... kelas petang sepanjang minggu lepas aku skip !!

Semalam, sengaja aku tidak menonton Anugerah Skrin 2012, pada firasat aku program itu sudah tentu bosan seperti tahun - tahun sebelumnya. Aku tidur awal disebabkan aku perlu masuk kerja sesudah subuh. Dan bila berada di office pagi ini, setelah seorang officemate bertanyakan pendapat aku tentang program tersebut, baru aku tergerak hati untuk menonton rakamannya. Dan offimate aku itu sendiri mengatakan Anugerah Skrin kali ini tetap bosan seperti tahun - tahun sebelumnya. Maafkan aku tenaga produksi Anugerah Skrin 2012, aku mengakui ia membosankan. Apa yang sedikit menghidupkannya adalah aksi - aksi artis yang dijemput untuk mengumumkan dan menyampaikan trofi selain lakonan AdiPutra bersama Rita Rudaini serta lain - lain pelakon dan selingan nyanyian beberapa penyanyi. Hanya itu yang sedikit menghangatkan suasana suram Anugerah Skrin 2012 yang membawakan tema fantasi. Tertanya juga apa signifikan babak lakonan Putera Arjuna dan Puteri Anastasia dengan babak pentas Neelofa, Awal Ashaari, Dato' Rahim Razali dan Datin Paduka Umie Aida?? Kelihatan kehadiran nama besar seperti mereka di pentas belum cukup 'eye popping' dan kelihatan bosan. Berapa kalikah perkataan 'bosan' kutaipkan di sini?

Aku pasti ketika menonton promo Anugerah Skrin yang disiarkan saban waktu membuatkan ramai mengharapkan 'Midas touch' terhadap program berkenaan, tetapi... sebaliknya... Kalian pasti punya pandangan tersendiri. TV3, sesuatu harus dilakukan untuk edisi akan datang. Maaf, aku bukanlah blogger terkemuka untuk bebas memberikan komentar, apapun, aku ucapkan tahniah buat tenaga produksi kerana berani mencuba sesuatu yang baru. Tahniah kepada semua pemenang anugerah, dan yang pasti, walaupun tampil dalam busana ikan duyung, Fouziah Gous tetap cantik !!

Lupakan tentang Anugerah Skrin, kita nantikan sesuatu yang lebih menarik di tahun hadapan. Berbalik kepada fantasi berkaitan aku, sekarang aku semakin giat mengumpulkan kotak di office dan membawanya pulang ke rumah, untuk apa? Sebagai persiapan awal, manalah tau aku perlu berpindah atau diarahkan berpindah dari rumah sewa sekarang. Hajat di hati mahu membeli rumah, tetapi masih menunggu 'durian runtuh' hasil pelaburan yang aku sendiri belum pasti bilakan terbit hasilnya. Menyesal juga tidak merancang dari awal sebelum umur aku menjengah 30an. Tak mengapa, biar lambat asal selamat, cuma masih tertanya kenapa jodoh aku lambat tiba?? Siapalah bakal isteri kau aku ye. Ok, menyebut tentang Azad, teringat pula watak 'Azad' dalam filem 'Istanbul Aku Datang', sedikit pelik, dalam banyak - banyak nama, 'Azad' pulak yang menjadi nama watak kepada Tomok, nasib baiklah aku Azat, bukan Azad... Bagaimanapun, seseorang yang namanya serupa denganku - Nazrul Azat, telah kujejaki, nun di Bangladesh !!

Semalam, peti ais aku buka kerana lapar, terlibat bekas mengandungi kelapa parut masih banyak, hendak dibuang terasa sayang. Mata mengerling ke arah udang kering yang sudah lama dibeli tapi belum digunakan, bagaimana untuk menggabungkan kedua- dua bahan menjadi sejenis makanan? Aku memulakan pencarian di Google, hasilnya - PULUT PANGGANG ?? Mana aku nak cari pulut?? Baru saja aku habiskan minggu lepas dengan menanaknya dan dimakan bersama kelapa parut dan ikan gelama masin goreng. Selepas melihat bagaimana menghasilkan inti pulut panggang, tanpa membuang masa, beberapa ulas bawang merah dan putih aku kisar bersama udang kering dan dicampurkan bersama cili kisar dan ditumis, lalu kelapa parut dimasukkan, digoreng mesra dan ditambah serbuk kunyit sebagai pewarna bersama garam secukup rasa. Lalu terhasillah sejenis makanan yang aku tak tahu nak digelarkan sebagai apa dan ia aku santap sebagai inti bersama beberapa keping roti. SEDAP !!!!

Pada saat ini - jam 16.27pm, aku masih di office. Mungkin akan pulang sebentar lagi, mahu berehat dan menyiapkan assignment. Pasti sedikit terganggu dengan kerancakan blok flat sebelah yang melangsungkan majlis kenduri perkahwinan. Seperti sebulan lalu, berlangsung majlis yang sama dan diserikan dengan bunyi - bunyi gamelan sama musik dangdut nyanyian Inul Daratista. Waduh !!! Brisik banget. Erkk, secara tiba - tiba aku bisa ngomong bahasa Indonesia. Dan kepulangan aku sekejap lagi pasti akan diiringi dengan musik dari seberang, gayanya mau merayakan kepulangan pangeran, ahhahaaa...

Menantikan debaran semi final Juara Lagu, lagu runut bunyi seperti drama 'Ameera' iaitu lagu 'Andai Aku Bercinta Lagi' oleh Mojo , 'Harapan' oleh Hyper Act dalam drama 'Seindah Sakura', 'Ombak Rindu' dalam filem 'Ombak Rindu' oleh Hafiz dan Adira bersama lagu 'Teman Pengganti' oleh Black, 'Terukir Di Bintang' oleh Yuna, 'Pelangi Senja' oleh Stacy dan pemenang Juara Lagu edisi lalu iaitu Hafiz menerusi lagu 'Ku Akui' adalah antara lagu yang akan bersaing sengit untuk mara ke final. Adakah Shaheizy Sam dan Yana Shamsudin akan tampil mempersembahkan lagu duet mereka 'Begini Caranya' ?? Sama - sama kita saksikan siaran langsung semi final 1 Juara Lagu 27 esok... jam 9 malam di TV3!!

Sekian...




3 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

sorry to say..anugerah skrin memang membosankan

setiap tahun sangat "ntahpape"

Mysara Ab Rahman berkata...

byk komen negatif dgr..
tp xdpt tgok ri tu

caer sasuke berkata...

tengok..tapi rasanya seronok tengok masterchef lagi..hehe