SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

11 November 2012

BILA NAK SEDAR DIRI !!!





Blogwalking sambil-sambil mengorek dan mencabut bulu hidung... 

Aku harap tak ada sesiapa yang meloya, berguling-guling dan muntah hijau hanya disebabkan ayat di atas, sekadar bercanda... Jam menunjukkan 2121pm, bertarikh 11 November 2012, tak tahu apa yang hendak dilakukan, mahu menonton tv kerana ada siaran langsung semi final 1 Juara Lagu 27 - MALAS, mahu menyiapkan assignment yang bertimbun - MALAS, terus saja aku memulakan ketukan jari jemari di papan kekunci komputer ini tanpa aku sendiri tahu apa yang harus diperkatakan. Tunggulah apa hasilnya...

Semalam aku masuk ke pejabat usai waktu subuh, dan perkara yang perlu dilakukan adalah menyediakan senarai program untuk diarkibkan selain menunggu masa untuk merekodkan program siaran langsung Tanyalah Ustaz di TV9. Jam 7 pagi, maka bermulalah program tersebut yang kali ini diacarakan oleh ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Lupa akan tajuknya, tetapi berkaitan dengan maaf - memberi dan meminta maaf. Banyak input berguna yang aku serap di minda daripada penjelasan ustaz sepanjang satu jam program berkenaan. Terkenangkan juga akan diri aku sendiri - adakah aku ikhlas memaafkan sesiapa yang melakukan kesalahan terhadapku? Atau beranikah aku memohon maaf kepada sesiapa yang telah aku lakukan kesalahan terhadap mereka? Di sini, demi memperoleh redha dan ampun Illahi, aku, Nazrul Azat, dengan rendah hati memohon kemaafan terhadap sesiapa sahaja dan aku memaafkan apa juga kesalahan orang lain kepada diriku. Aku tak mahu terus hidup dalam dendam... 

Siang tadi berlangsung dengan sungguh meriah majlis perkahwinan seorang jiran di blok bersebelahan di Gugusan Siantan ini. Namun, aku tidak dijemput, tidak mengapa. Aku hanya dijemput untuk mendengar riuh rendah hiruk pikuk bising dan bingit bunyi muzik yang dimainkan band jemputan majlis tersebut. Aku berterima kasih kerana mereka sudi menghiburkan aku dengan alunan muzik dari seberang. Untuk makluman, kejiranan di Gugusan Siantan Kota Damansara ini turut didiami masyarakat dari seberang - Indonesia. Daripada puak dan juak mana tidak dapat aku pastikan, tetapi ada rakan yang mengatakan majoriti masyarakat Indonesia yang mendiami kejiranan di Gugusan Siantan ini adalah kaum Boyan atau Bawean. Ada juga yang mengatakan mereka bukan masyarakat Boyan dari Indonesia tetapi keturunan Boyan yang telah lama tinggal di Malaysia berkurun lamanya. Semua itu tidak menjadi masalah kepada aku dan aku melayan mereka dengan baik sebagai jiran dan saudara sesama Islam. Sebenarnya aku sedikit terganggu dengan suasana gamat daripada muzik yang dimainkan band, yang juga kedengaran sangat Indonesia - daripada pengacara sampailah kepada penyanyi dan lagu-lagunya. Lantas, niat untuk menyiapkan beberapa assignment tergendala dan aku sendiri hilang fokus. Akhirnya aku hanya berehat, melayari internet, menonton tv dan tertidur...

Lusa akan tiba hari Deepavali, namun aku tidak bercuti dan ditugaskan untuk bekerja seperti biasa, walau bagaimanapun aku tetap akan bercuti pada hari Awal Muharam nanti. Minggu ke 46 untuk tahun 2012 ini ada dua hari cuti umum, mungkin sesetengah daripada kaum Hindu yang bakal meraikan Deepavali akan mengambil cuti pada esok hari (Isnin - 12 November) dan selang dua hari kemudian ada satu lagi hari cuti umum untuk umat Islam meraikan tahun baru Hijrah 1434. Menyebut tentang Deepavali, aku bekerja di dalam kelompok yang majoritinya orang Melayu dan aku hanya memmpunyai sahabat berbangsa India semasa zaman persekolahan dan seorang sahabat yang masih aku ingat sehingga kini adalah Sendilvadivoo atau lebih mesra sebagai Jo. Hubungan kami sebagai sahabat ketika di tingkatan 6 amat baik, malahan ketika itu di dalam kelas kami pelajar Melayu dan India sama ramai, menjadikan kami amat mengenali satu sama lain. Dan persahabatan aku bersama Jo berterusan apabila kami bertemu semula ketika menyertai program Skim Latihan Graduan (SLG) di Cosmopoint, Sungai Petani. Sehingga kini pun kami saling berhubung malah tiap kali tiba perayaan masing-masing kami berutus ucapan. Jo pernah menjemputku untuk menghadiri majlis perkahwinannya namun aku tidak dapat menghadirinya kerasa ada urusan peribadi. Kepada Jo, aku ucapkan selamat hari Deepavali, Deepavali Nal Valthukal !

Awal Muharam bakal tiba Khamis ini, aku tahu, malaikat di sebelah kiriku lebih kerap menulis amalan burukku berbanding dengan malaikat di sebelah kanan. Entahlah, aku tak pasti apa kebaikan yang aku lakukan sepanjang tahun ini. Ibadah wajib tidak konsisten, apatah lagi ibadah-ibadah lain. Kalau dibuat senarai mutabaah amal, sudah pasti banyak yang tidak dibuat. Bila aku harus istiqamah tatkala aku masih dalam kondisi berperang dengan diri sendiri ?? Bila nak sedar diri ???

2217pm, esok aku akan bekerja di syif pagi dan petangnya akan menghadiri kelas, mohon undur diri, assalamualaikum...





3 ulasan:

KuNanGKuNanG berkata...

wah3x...bznye dia...keje lg, study lg...kalu sy xterkejar dua benda...huhu

bukankosong berkata...

slmt hari deepavaliii

Tembikai Laici berkata...

berbicara perihal buruk baik diri sendiri ini sememangnya adakala membuatkan diriku pong naik peninn...
risauuu krn rasanya diriku jua tak dpt mnjadi baik dgn sebaik baiknya, hingga ke hari ini...
sukar benar rasanya nk mahapkan kesalahan org yg ntah haper2 ituu..
aduiyaiiii... mmg banyak sgt nk kena blajaq berubah ini..
sebelum mata terkatup buat selamanya..


Apaponggg...
gumbiranya rasa.. esok sampai next monday cheq cotiiiiiii!! hoyehhh... ;D