SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

12 November 2012

ENTRI KE 700





HOYEAHHH !!!!

10.15pm, akhirnya, sampai juga aku ke entri yang ke 700, apa saja yang aku merepek untuk 699 entri yang lepas-lepas, aku sendiri pun tak tahu... 

Baru saja sampai di rumah dari kelas research, rehat, mandi, solat, sapu ramping balm dekat perut, goreng nuget, minum air lemon suam, siapkan pakaian kerja esok dan terus mengadap pc yang baru saja dua bulan aku beli. Dengan harapan mahu hasilkan entri ke-700 di malam Deepavali dan sebelum jam 12am aku perlu beradu, sebabnya esok sesudah subuh mahu pergi kerja, oh letihnya aku... 

Nak cakap apa ya? Aha... Walaupun esok public holiday, tapi aku tetap perlu bekerja, tidak mengapa, fikir positif, aku boleh claim OT, daripada duduk saja dekat rumah baik aku kerja. Boleh kumpul duit lagi, boleh beli dinar Iraq barang 3 ke 4 keping lagi, manalah tahu tiba-tiba revalue hujung tahun ini, kayalah aku tak perlu kerja lagi...

Pagi tadi rasa sikit terkilan, melihat saja I am Neeta di MHI, aku merasakan sahabat aku itu mungkin turut bersama mereka. Tidak pula aku cuba menghubungi sahabat untuk memastikan apakah benar dia menemani kumpulan muzik itu, beberapa jam kemudian baru aku bertanyakan adakah sahabat berada di MPB pagi tadi? Iya katanya, tak mengapalah, bukan rezeki untuk berjumpa...

Semasa bersarapan tadi, aku dikejutkan satu berita, kawan pejabatku si Ikbar berkata, seorang kawan lamaku sejak zaman persekolahan lagi sudah bertukar... bertukar apa?? Bertukar fitrah, menjadi perempuan daripada asal lelaki. MasyaAllah !!! Apakah benar katamu itu wahai Ikbar?? Kadang-kala cakap si Ikbar ni banyak yang tak betul dari betul, tapi kalaulah benar bagai dikata, aku amat kecewa. kawan lama itu sungguh pandai mengaji, pelajaran juga agak tinggi, tapi semakin berubah laku sejak di tingkatan 6 lagi. Mujur juga dulu aku patuh kata arwah ayah, sayunya kata - kata arwah yang mengizinkan aku mengikut sabahat lama ku itu bekerja sesudah tamat SPM. Kalau tidak, apakah mungkin aku juga menjadi mak nyah?? Oh tidak !!!

"Kerja sekolah" berbaris panjang minta dibuat, hujung minggu ini pasti tak dapat, sabtu ini kelas ganti seharian oh sungguh penat. Ahadnya kerja oh mana sempat. Masa semakin laju dan ligat, menyesalpun sudah terlambat...

Jemput makan nuget... 



5 ulasan:

khaifaiz berkata...

Sedapnya nugget..

Anak Pak Muin berkata...

tahniah! keep it up!

Ym.Bundle berkata...

tahniah bro..bnyak gila dah entry ko..aku baru 3rat lebih sikit je..haha..


mujur ko dah jumpa map masuk blog aku..haha..terima kasih singgah mengomen lagi kat blog aku zat..

Tembikai Laici berkata...

kipidap bro! ^_©
Banyak banyakkan ber-entri, ramai peminat nak baca nihh... hihiihii

Dan... tolongggg lerr, jangan sesekali bertukaq hatta berpikiaq sikit pong untuk bertukau daripada Nazrul
Azat kepada Nazirah atau Azah atau apapong ler nama pompuan.... heheh

caer sasuke berkata...

@Tembikai Laici haha kan2..jgn tukau namo ya den..enggak manis dong..kui3