SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

20 November 2012

MILIA...





HIDUP PERLU FOKUS !!!

Di facebook, aku melihat status seorang sahabatku si Yusri, juga seorang blogger "aurasejahtera". Dia memetik kata-kata Dr Azizan Osman, seorang perunding motivasi terkenal. Kata-katanya adalah seperti gambar di bawah :



Ada betulnya, sangat signifikan untuk dikaitkan kepada diri aku sendiri yang sering hanyut, selalu fikirkan tentang kesusahan daripada kesenangan, selalu sangat berasa negatif, padahal aku tak sedar yang aku sangat kuat !!! Err.. secara tiba - tiba jadi bersemangat, hehehee... 

Hari ini aku kembali bekerja, semalam aku MC. Berasa pening dan penat. Setelah ke klinik, singgah sebentar makan tengah hari di Gulam Mee seksyen 3 Kota Damansara. Berasa amat berselera dengan nasi putih berlaukkan sambal tumis udang, sayur kacang panjang goreng dan minuman teh o panas. Usai makan, terus pulang ke rumah, menyentuh sedikit tugasan pelajaran sehingga ke jam 5 petang lalu bersiap ke kelas di UiTM Puncak Perdana. Nampak gayanya aku perlu bersegera menyiapkan draf untuk kertas penyelidikan aku kerana Doktor Norman bakal melihatnya dua minggu dari sekarang. Sudah tidak punya banyak masa lagi, tugasan subjek lain juga menanti untuk disiapkan. Adakah tempoh masa satu bulan dua minggu sebelum berakhirnya semester 3 ini benar-benar cukup untuk aku menyiapkan semuanya???

Selepas kelas aku terus menuju ke Seksyen 6 Kota Damansara, melilau seketika mencari gerai yang sedikit lengang untuk aku makan malam. Namun semuanya penuh dengan manusia yang sibuk dengan selera masing-masing, aku terlihat gerai burger bakar, lalu aku ke sana, meneliti senarai menu, ternyata banyak jenis burger bakar yang boleh dipilih. Aku memesan burger setinggi tiga tingkat yang berharga RM14, dan bertanya kepada tukang masaknya berapa lama tempoh burger itu siap? Katanya setengah jam. Dan aku mengambil keputusan menunggu di dalam kereta. Sementara menunggu, aku membalas SMS yang diterima daripada seseorang yang tidak aku kenali. Tujuan si dia adalah untuk berkenalan. Dan dia memperkenalkan dirnya sebagai Milia. Siapa Milia ?? 

Mahu tahukah apa yang aku lupa? Aku terlupa tentang burger bakar yang telah dipesan. Aku berharap orang yang menyediakan burger itu memaafkan aku... Malam tadi aku tertidur sambil berfikir tentang siapakah Milia...




1 ulasan:

Tembikai Laici berkata...

fuiyoooo... ada peminat misteri tuuu...
Tahniah! ^_^

p/s: Jgn biorkan idup anda diselubungi misteriiiii... hahaha