SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

17 November 2012

MISTERI BUNYI GULI...





Assalamualaikum dan selamat pagi DUNIA !!!

Sekadar bersarapan beberapa keping roti yang disapu marjerin bersama jus oren. Oh, sangat barat. Aku amat merindui nasi goreng, kerana saban pagi di pejabat aku lebih memilih sarapan yang ringkas seperti kuih muih kerana kesibukan tugas yang tidak mengizinkan aku berada lebih lama di meja makan. Mungkin mahu masak sesuatu buat santapan tengah hari nanti.

Malam Jumaat lepas tiba-tiba aku berasa terganggu, kerana apa? Aku tak pasti, tapi aku amat yakin bunyi yang aku dengar adalah lantunan biji - biji guli di lantai. Jam menunjukkan 0428 pagi, tak mungkin ada kanak-kanak bermain guli pada waktu sebegitu. Bunyinya sangat-sangat jelas, membuatkan aku berasa seram walaupun ia sekadar bunyi guli. Berasa sedikit cuak, rasa ingin tidur terus hilang. Ingin tahu dari mana datangnya bunyi guli itu yang seakan berbunyi betul - betul di hadapan mukaku ketika aku masih tidur. Aku terus mencapai remote control tv dan menghidupkannya. Mahu menghalakan rasa cuak ke siaran tv. Aku pasti itu adalah bunyi jin, seperti mana yang pernah aku baca di buku-buku dan di internet. Mungkin tindakan aku menghidupkan tv dapat mengubah gangguan mahkluk tersebut. Teringat kembali ketika menyewa sebuah rumah bersama seorang rakan di seksyen 18 Shah Alam, saban malam pasti akan kedengaran bunyi perabot ditarik-tarik. Aku mengandaikan ia perbuatan jiran di tingkat atas, mana mungkin setiap malam mereka rajin mengubah-ubah kedudukan perabot. Aku tidak mengendahkannya walaupun setiap malam tidurku terganggu dek bunyi tolak-tarik perabot itu sehinggalah aku berpindah ke rumah sewa sekarang yang aku diami seorang diri. Berbalik kepada bunyi guli itu, apa yang pasti hingga ke subuh bunyi guli itu tidak muncul-muncul lagi, aneh...

Semalam selepas waktu kerja aku mundar-mandir seorang diri di One Utama. Sekadar cuci mata melihat barang-barang dan singgah di Arena food court lalu terus memesan makanan dan minuman, aku makan seorang diri. Sesudah makan aku terus mundar-mandir lagi, cuba untuk memenatkan diri untuk tidur lebih lena malam nanti supaya tidak akan sedar akan bunyi guli lagi, dan dalam masa yang sama aku cuba menghubungi seorang teman, mungkin dia punya masa senggang untuk kami berjumpa. Dia tidak menjawab panggilanku, mungkin sibuk atau punya agenda tertentu. Aku terus pulang tatkala masuk waktu maghrib. Di rumah, selepas isyak aku mula rasa meloya, perut rasa sebu, kepala berasa pening. Aku tak pasti apa yang berlaku, cepat-cepat aku menyapu balm di dahi dan belakang leher. Aku berfikir, apakah punca secara tiba-tiba aku jadi sebegitu. Aku teringatkan yee mee claypot yang aku makan. Dan tengah hari aku sekadar makan roti. Sekembalinya ke rumah aku minum jus oren. Pastinya kombinasi yee mee claypot dan jus oren membuatkan aku jadi tidak keruan, kerana tidak tahan lagi aku terus memuntahkan semua yang telah masuk ke perutku. Lega...

Agenda hari ini, mahu membasuh pakaian, mengemas sedikit keadaan rumah yang huru hara dan membuat sedikit tugasan pelajaran. Sekian...




5 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

misterinyaaaaaaaaaaaaa....!

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

kat umah saya ni siang mlm pg petang.. bunyi guli la.. org tarik perabut la. tak tau perbuatan siapa.. tp dh lama sgt bunyi2 tu wujud jd dh xde rasa apa2. Baby pn ok.. xde nampak mcm ada sebarang gangguan cuma masa 4 bln pertama dia lahir je dia asyik menangis tgh mlm & x tido smpai subuh. Lepas ke darulsyifa tu makin kurang meragam & lama2 hilang la penyakit nangis tgh mlm dia tu

Tembikai Laici berkata...

Lerrrr... awatt tak habaq p OU.
Kalau dak, boleh join sy & rakan2 berhora horey bersama sama...
Kata orang, kalau bunyi2 gitu tandanya ada toyol... kata orang lerrr.. cheq taktau la betoi ker dakk nyerr..
Apapong... jgn biorkan hidup anda diselubungi misteriiiiii... hehehe

khaifaiz berkata...

oh no... sungguh misteri...

Asrul "iLham" Sany berkata...

ni petanda nak kena cari bini ni :)