SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

12 Disember 2012

12 12 12...



Aku lupa hari ini bertarikh 12.12.12 !!!!



Perkara pertama yang aku lakukan pagi ini ialah pergi ke klinik kerana aku tidak dapat bekerja malam tadi, berasa amat letih, pening dan sakit kepala kerana kesukaran untuk tidur disebabkan perlu bekerja pada malam hari. Inilah dugaan yang perlu aku hadapi sepanjang 8 tahun bekerja dan setiap kali perlu bertugas syif malam, sama ada perlu menghadapi risiko tidak dapat tidur di siang hari dan perlu MC pada hari tertentu kerana tidak tahan lagi menahan kepenatan. Encik bos, tolonglah, aku tidak berdaya lagi untuk bekerja syif malam, aku sudah tua...

Kebelakangan ini, sakit lama seperti datang kembali yang pernah aku alami suatu ketika dahulu, kedua - dua organ dalaman berhampiran pinggang berasa sakit. Aku memang mengabaikan kesihatan kebelakangan ini. Sempatkah aku ?? 

Semalam aku bermimpikan arwah ayah. Di dalam mimpiku itu aku bersama bangcik dan arwah ayah datang berkunjung ke rumah lama kami bertujuan untuk membersihkannya. Usai tugas, arwah ayah dan bangcik  terus sahaja masuk ke kereta tanpa menungguku dan pergi meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga... 

Barangkali seorang sahabatku terasa hati dengan entri aku baru - baru ini yang tertajuk 'Penunggu'. Maafkan aku, aku tidak berniat sama sekali untuk menyakiti hatimu, percayalah, apa yang aku tunggu ialah sesuatu yang pasti akan membuatkan ramai orang di sekelilingku gembira...

Kita tutup bab duka, kita buka cerita suka... Tahun hadapan aku mahu jadi orang yang paling bahagia... 





3 ulasan:

KuNanGKuNanG berkata...

kerja2 jg kesihatan pun kene dititik beratkan..:)

Syazana Zainn berkata...

12.12.12

ramai betul chinese kat JPN register kahwin hihi

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

semoga kamu jd org yg terbahagia nanti.. Insya Allah