SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

31 Disember 2012

ENTRI TERAKHIR 2012...


Alhamdulilah…

Sampai jugak lah aku ke penghujung tahun 2012 nih, ingatkan tak sempat ke ape ke kan, al maklumlah hidup kita ni bukan kita yang tentukan. Buatnye aku kojol mase accident ari tu ke, ape ke... Allah swt yang maha berkuasa menentukan segala-galanya. Alhamdulilah jugak akhirnya siap research proposal aku, tunggu nak print dan jolok masuk bawah pintu Dr. Norman kalau tak malam nih esok aje kot. Lepas tu aku nak relax nak concentrate hal lain dan yang penting ialah aku nak bagi pandai main gitar, sebabnya aku pun nak glamor dan ternama macam Najwa Latip yang pandai main gitar itu hanya kerana dia rajin meng'upload' clip dia bermain gitar di youtube, kan…  Inilah kekasih gelapku yang dah lama tersadai di tepi dinding…



Hari nih nak dimaklumkan bahawa aku demam !! Ini serius !! Demam kerana aku tak tahan dek kesejukan aircond di opis semalam, nak-nak aku kene keje petang, membawa ke 11 malam baru aku balik sejurus selepas aje aku habis rekod konsert jom heboh yang tak berapa nak heboh tu. Mau aje aku membuat unggun api bagi memanaskan diri tapi nanti terbakar satu MPB mati lah aku nak menjawab soalan - soalan cepu emas mereka. Nak tak nak aku mc ajelah hari ni, tak larat nak bawak badan yang berkeberatan 100 kilogram ini ke opis dan berkurung dalam opis yang dah serupa bilik mayat gitu sambil mengadap pc dan buat keje. Sambil mencari mood rajin untuk pegi ke kedai beli makanan kejap lagi, aku nak menaip dulu, dah lama sangat tak tulis panjang-panjang kat blog nih, ermm nak cakap apa eh?? Kalau panjang sangat kang boleh masuk Guinness Book of Record, kategori entri blog terpanjang dan paling mengarut, hehehe…

Memandangkan esok aku diberikan cuti sempena tahun baru 2013, kejap lagi aku nak pegi borong makanan satu troli, bawak balik dan makan sambil layan movie di malam tahun baru 2013. Tak ade maknanya lah kak senah ooii aku nak keluar untuk meninja-nginjakan diri bak beruk makye di mana – mana tempat yang bakal berlangsungnya sambutan tahun baru sambil tunjuk – tunjuk langit dekat bunga api yang membazirkan duit rakyat itu, dan aku tak sambut pun tahun baru kalendar gregorian nih. Baik aku mengadap tv 40 inci aku dengan movies dari Hollywood dan tidak sesekali filem Malaywood, tak pon mengadap pc berskrin 19 inci dan memuaskan diri sorang-sorang hahaha… Untuk cuti semester tiga bulan nih matlamat aku ialah nak mengecikkan kan sikit saiz badan yang secara tiba – tiba bertambah jisimnya dek kerana makan tarak ingat dunia. Mujurlah lutut aku dah baik dengan sendirinya selepas mengambil sejenis ubat tradisional, kalau tidak memang aku kena masuk wad bedah awal tahun 203 nih dan kasi gerudi itu lutut lalu bercuti berbulan - bulan, oh tidak…

Aku tak tau kenapa sekarang nih aku dah hilang minat nak berblog, apatah lagi nak pegi menjengah blog sesape je yang aku rajin nak menyinggah dan sergah sebelum nih seperti blog Lekat Lekit Story, Blog Sampah, C'axoera, Caer Sasuke, Hemisfera Nis, Aidil Dbahri, Tembikai Laici, Khai Faiz, dan ramai lagi lah blogger kesayangan aku itu. Aku pun dah hilang idea yang bernas dan sahih lagi kemah kemih cemana nak menghasilkan sesebuah entry seperti mana di zaman kegemilangan aku dulu, ceh macam la blogger ngetop sangat aku nih ala - ala ala si Ben Ashaari. Mungkin juga aku dan malas kot nak menaip nih, dulu aku ade je buat vlog tapi cuma bertahan untuk dua episod je sebab aku malas nak edit (cakap je la tak de sape view, hahaha) padahal banyak je aku dah rekod termasuklah beberapa aksi – aksi yang memang tak lepas kalau dihantar ke Lembaga Penapisan Filem aka LPF. Apapun untuk tahun 2013 aku nak cuba lah buat sesuatu pembaharuan, itupun ikut mood aku lah, klau rajin ade lah hasilnya, kalau tak berapa nak rajin maka tak adelah mende hatta sebesar hama sekalipun. Aku rase nak buat blog baru, blog ni kasi delete je sebab macam hampeh je asik cakap pasal diri aku sendiri sampai orang dah malas nak hadap, ok tak?? Tak pun tak payahlah berblog smpai bila - bila, sebab malas nak update... 

Aku sebenarnya malas nak kisahkan lagi apa – apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2012 nih, memang macam-macam hal, tapi kalau dilupakan pun tak boleh jugak sebabnya memang akan terus berpanjangan sampai ke tahun 2013 dan mungkin ke tahun lagi satu dan lagi dan lagi dan lagi… hehehe… walau bagaimanapun, aku enjoy je, walaupun sesekali aku menyorok belakang pintu dan menangis tersedu - sedu, hidup ni memang tak akan sunyi daripada masalah, hidup tak berhadapan masalah adalah hidup yang tak ada cabaran, tak gitu? Satu – satunya hal yang menjengkelkan berlaku dalam tahun 2012 nih… plan aku nak kawen tak menjadi, dan sekarang nih hal yang membuatkan aku rase nak jadi mahkluk hijau serupa Hulk adalah melibatkan antara aku dengan dua orang lagi hamba Allah itu, ala – ala cinta tiga segi la kunun, apa yang nak aku tegaskan di sini adalah aku dah tak ada kaitan pun dan sememangnya tak ada kena – mengena dalam hidup engkau orang so tak payah nak libatkan aku lagi ye dalam sengketa yang korang ciptakan itu. Aku dah tak ade hati walau sedikit pun kat si janda baik tu dan engkau wahai si jejaka tak payah la nak emosi sangat mengalahkan perempuan dan terus nak cemburu dan mengaitkan aku dengan si janda baik masih berhubungan. Fikirlah positif sikit, tak boleh ke?? Aku dok kalut dengan study, dengan keje, dengan kesihatan aku yang kejap ok kejap tak, sampai nak bemesra dan projek ganas - ganas atas katil pun dah tak ade peluang kot, punya sibuk mengalahkan Ah Jib Gor I told u. So engkau orang berdua berdamailah dan kawen dan buat projek ganas-ganas…

Opss sorry,i did it again... lupa nak habaq, ni blog aku dan aku punya suka lah nak cakap apapun kan. Aku memang tak syak lagi ade kaki spy yang rajin baca blog aku nih dan report kat bos, sebabnya bos pernah nak rekrut sorang budak opis aku untuk intip aktiviti sesiapa saja yang didapati mengata bos dan anak didik dia. Walawei… grow up la sikit brader, klau kau tak salah tak ada sapapun nak mengata, dan sejak kejadian blog aku dijadikan isu di opis, aku mengamalkan dasar dan polisi mengata di depan lagi puas hati dan lebih menyakitkan !! Tuiiiiii…

Ok, cukup lah bercakap tentang hal itu yang sememangnya aku dah malas nak fikir lagi di tahun 2013. Aku nak move on, dan plan untuk kawen sentiasa menjadi nombor satu di carta hati aku yang tak ade kaitan langsung dengan carta hati Najwa Latip, dan juga sebagai bukti aku mempunyai nafsu terhadap perempuan !! Mungkin mengambil masa setahun lagi untuk aku habiskan study, ah biarlah lambat habis, kan aku memang tengah keje dan bukannya aku nak cari keje lain pun, sape je tak mau keje macam aku, keje syif, keje masa public holiday, boleh claim OT lebat-lebat, boleh berpakaian ikut suka mak nenek tak nak pakai apapun ok je, boleh makan sambil keje, kalo keje malam boleh tido lama manapun, tak pun balik rumah tido dah nak subuh datang opis balik, tak nak datang keje pun tak ape, macam best aje kan keje aku, apapun aku bersyukur sebab aku ada kerja yang menjamin masa depan dan ada gaji yang boleh aku belanjakan dengan tidak bergantung harap dan menyusahkan orang lain, ada yang terasa ke? Rasanye dah grad master nanti aku nak apply jadi driver MRT dari Kota Damansara Ke Kajang dan ulang alik semula sampai aku mampos, mampu ??

Dah dua jam berlalu waktu zohor dan aku belum solat, maka baiklah aku berenti di sini dulu dan menunaikan kewajipan terhadapNya. Sikit je nak tambah, 2013 adalah tahun kebangkitan aku !! Ngeri tak?? Haha… byeeeeeeeeee






1 ulasan:

masMZ berkata...

Selamat tahun baru :)

Nanti kawen jangan lupa jemput yerr....