SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

07 Disember 2012

KOSONG




MARAH...
MARAH...
MARAH...
MARAH...
MARAH...

Malam tadi, usai kelas, aku diselubungi perasaan amarah terhadap AJ... maafkan aku, perasaan itu datang dan ia tak mampu kuhalang untuk memarahimu. AJ, kita jumpa Isnin depan, akan kuserahkan satu borang untukmu tandatangani sebagai pengesahan untuk aku dilepaskan daripada sebarang ikatan di antara kita, semoga kita berjumpa lagi... ini berlaku kerana aku sudah berputus asa untuk meneruskan... KELAS SYSTEM ANALYSIS & DESIGN !!!!

Pagi ini, perasaan amarahku lenyap dengan suara lembut jurutol wanita di tol plaza Kota Damansara. Tanpa disuruh, dia mengucapkan terima kasih dengan nada suara yang amat lembut selepas menghulurkan tiket tol itu, oh, wanita itu sememangnya mendamaikan...

Hampir ke waktu subuh tadi, aku bermimpikan sesuatu. Dalam kesesakan jalan raya, kala itu malam hari dan hujan renyai, lokasinya berdekatan Palm Spring Kota Damansara, seorang lelaki bermotorsikal mengelilingi keretaku berkali - kali seakan marah terhadapku. Aku berasa terancam dan ketakutan. Apakah salahku sehingga dia bertindak sedemikian? Aku terjaga dari tidur tatkala azan subuh berkumandang...

Kebelakangan ini jiwaku kacau... dan kosong...

KOSONG...
KOSONG...
KOSONG...
KOSONG...
KOSONG...







Tiada ulasan: