SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

03 Disember 2012

NORASHIKIN...



Bulan ini aku sasarkan 31 buah entri dan ini adalah entri yang ketiga untuk bulan Disember 2012...

Sebelum ini aku berasa bebas untuk menggunakan laras bahasa yang sangat santai, atau dalam erti kata yang lain, bahasa Melayu tidak formal dan bahasa perbualan seharian. Tanpa aku sedar semakin hari aku semakin terdorong untuk menggunakan laras bahasa yang lebih formal, dan mengelakkan penggunaan perkataan singkatan serta mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu. Maafkan aku, mungkin ada yang memperlekehkan niatku ini sedangkan secara terang - terangan aku menggunakan tajuk blog aku ini di dalam Bahasa Inggeris. Biarlah, itu sekadar tajuk sahaja namun isinya pasti aku coretkan di dalam bahasa nenek moyangku sendiri walaupun aku bukan seratus peratus berdarah Melayu. Mungkin juga aku semakin tua, oleh kerana itu gaya bahasa aku perlulah sejajar dengan usiaku yang bakal menginjak ke-34 tahun di 2013. Kata orang, aku tampak muda dari usia sebenarku, apakah ia benar?  

Baru pulang dari kelas, dan di dalam kelas tadi aku berasa amat risau dengan kekangan masa yang berbaki untuk bulan ini sahaja sedangkan masih ada lagi tugasan pelajaran yang belum disiapkan sepenuhnya. Aku sedar, selama ini aku banyak membuang masa. Terlalu fokus pada kerjaya dan tidak membahagikan masa sebaiknya untuk pelajaran. Terus terang kukatakan, aku seolah - olah sudah berputus asa untuk meneruskan pelajaran dalam pada masa yang sama aku turut mahu meningkatkan prestasi dalam kerjaya. Inilah perasaan yang seringkali berbisik di telinga tatkala semester pengajian bakal berakhir dan pada masa aku perlu bergelumang dengan tugasan pelajaran yang perlu dibereskan secepat mungkin. Adakah itu bisikan Syaitan? Aku sudah hampir di penghujung pengajian sarjana, tolonglah, aku perlukan kekuatan dan sokongan... 

Petang tadi sementara menunggu masa untuk masuk ke kelas, tiba - tiba aku rindukan Norashikin...  



2 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

Norashikin hmmmm..untungnya jika dia dpt abang..

Mat Som berkata...

Semoga segala apa yang didambakan itu akan saudara gapai jua.