SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

10 Disember 2012

PENUNGGU...



Mengantuk.... hanya itu yang mampu kukatakan saat ini...

Sepanjang minggu ini aku akan bekerja pada syif malam, untuk dua malam aku akan bekerja sendirian dan malam ketiga barulah aku akan ditemani rakan sekerja. Malam ketiga seterusnya juga aku masih perlu meneruskan projek khas yang ditugaskan oleh pengurus jabatanku, sekadar bereksperimen dengan Final Cut Pro untuk menghasilkan kompilasi program, itu sememangnya makananku. Terima kasih tuan pengurus kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk melaksanakan tugas percubaan yang bakal dilaksanakan tahun hadapan, nampaknya kerjayaku pasti akan lebih menarik di tahun 2013. Tidak ada apa yang menarik berlaku sepanjang hujung minggu lalu, aku hanya mengisi masa dengan mengemas sedikit keadaan rumah dan sekadar melayan perasaan, itulah aku...

Cuma malam ini, aku berasa terganggu, kerana apa? Seorang wanita yang pernah aku sayangi suatu ketika dahulu menghubungiku melalui Whatsapp, katanya dia baru sahaja berselisih faham dengan teman lelakinya. Satu persoalan muncul di mindaku, apa kena mengena hal mereka berdua untuk diadukan kepada aku? 

Aku tahu, aku cuma seorang penunggu... dan aku akan terus menunggu... 



1 ulasan:

Anak Pak Muin berkata...

hint untuk rujuk semula r tu @ takde tempat nk luahkan isi hati......oh penunggu~