SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

06 Disember 2012

PONNNNNN....




Dengan berbaju kemeja lengan panjang kotak - kotak merah putih yang lengannya dilipat sampai ke siku dan dilepas keluar, dan berseluar kasual rona cerah bersama sepatu hitam, sesuatu berlaku pada diriku pagi ini...

Dalam lingkungan jam 0655am, aku melintas jalan dari tempat letak kereta yang kebanyakan staf MPB sebut 'TNB' secara ringkas. Berada di pembahagi jalan, aku sedar masih ada beberapa kereta meluncur laju, aku membatu dahulu di situ, memberi laluan kepada kenderaan sebelum aku melintas. Tiba - tiba sebuah SUV menekan hon dengan kuat apabila medekatiku...


"MOTIF KAU HON AKU ??"

Pandangan mataku turut sama berlari laju mengekori SUV itu. Kurasakan mahu buat begini...




Uuuuuu... terasa diva dengan mengangkat jari tengah itu ke arah pemandu SUV itu. Eh bukan bukan... sepatutnya aku buat begini... (kalau betullah aku mahu lakukannya)



Aku tidak cuba untuk melintas jalan ketika SUV itu sedang meluru laju di atas jalan, aku tidak berbogel, masih berpakaian lengkap, aku tidak mengenali pemandu SUV itu atau mungkin dia yang mengenaliku...

Berfikir, memikir dan terfikir... kenapa aku dihon ??


(kredit untuk GOOGLE kerana meminjamkan gambar - gambar itu)





1 ulasan:

Khaifaiz Khaifaiz berkata...

mungkin ada sebabnya...