SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

28 Disember 2012

SERBA SERBI SALAH...



Kehadiran aku ke pejabat lebih awal daripada pekerja yang lain pada setiap hari bekerja menimbulkan rasa tidak puas hati seseorang... Tadi, dalam nada menyindir, dia bertanya "Kenapa kau datang awal sangat Azat?"

Aku, tidak memberikan apa-apa reaksi, hanya mendiamkan diri...

Entahlah, apa sahaja yang aku buat memang tidak kena di mata dia. Buat kerja lebih daripada sasaran pun salah, bos cakap 'good job' kepada aku pun salah dan diajuk-ajuk, kali ini, datang awal ke pejabat pun menjadi isu... Tidak tahulah selepas ini apa lagi yang bakal membuatkan dia berasa tidak puas hati... 

Kalaulah aku boleh ungkit segala-galanya terhadap semua kebaikan yang pernah aku buat terhadap engkau selama ini, rasanya engkau akan tertunduk dan menangis...

Aku sudah malas mahu melayan sikap Melayu yang mudah lupa diri... 

Maka benarlah kata Tun Mahathir, MELAYU MUDAH LUPA...




2 ulasan:

Aien Alien berkata...

walau segelintir tapi terpalit pada semua...mende la nak dengki2 ni ek. apa gaji kita masuk poket dorang ke? sabau jelah... :D

Anak Pak Muin berkata...

ah, melayu...