SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

02 Disember 2012

TERASA...



Terasa malang sekali...

Kaca mata 'old skool' yang amat aku sayangi telah patah, mungkin kerana harganya yang agak murah, cuma RM300, maka ia tidak bertahan lama. Mujur masih ada kaca mata yang lama. Sudikah sesiapa mahu mengganti?? 


Terasa ingin sekali...

Semasa keluar membeli sarapan dan stok makanan pagi tadi, aku melalui deretan kedai dan ternampak sebuah poster tergantung di pintu gril yang mengatakan tentang pembukaan gymnasium baru di seksyen 6 Kota Damansara. Aku sekadar meneliti poster berkenaan. Bayaran bukan ahli adalah RM8 sekali guna dan bayaran bulanan untuk menjadi ahli adalah RM55. Aku agak berminat, sudah tiba masanya aku memiliki otot - otot badan yang sasa, bukannya seperti sekarang, giat membina perut...

Terasa malas sekali...

1. Tugasan tentang RELEVANCE JUDGEMENT
2. Tugasan tentang WEB 2.O
3. Tugasan tentang CASE STUDY OF ONLINE INFORMATION SEARCHING BEHAVIOR
4. Tugasan tentang SYSTEM ANALYSIS & DESIGN 
5. Tugasan tentang RESEARCH PROPOSAL

Semua ini perlu diselesaikan sebelum hujung bulan Disember ini. Sehubungan dengan itu juga lubuk tempat berkhalwat ini semakin semak menjelang penghujung pengajian. Oh tidak !!! 



Terasa mahu ke Sydney... 


2 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

Abang...Good luck utk thesis dan viva..

Nak g sydney??ajak please :))

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

patah tumbuh hilang berganti.. sila ganti baru spek tu sebab yg patah tu mustahil tumbuh balik. hahahaha