SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

21 Januari 2013

MUJURLAH...



0630am...

Melepasi plaza tol Kota Damansara, memasuki Lebuhraya NKVE aku menuju ke Bandar Utama, lebih cepat tiba ke pejabat walaupun perlu membayar tol RM1, sekarang ini laluan keluar dari Kota Damansara pasti akan sesak walaupun aku keluar sesudah subuh. Hari ini aku terpaksa berkereta kerana perlu membawa bagasi untuk berkursus selama 3 hari Di Bagan Lalang. Jika tidak aku lebih selesa memacu motor, lebih cepat dan pantas...

Sambil menyanyi di dalam hati mengikut nada lagu di radio, kelihatan dalam jarak 400 meter ke depan sebuah motorsikal seperti hilang kawalan. Motorsikal berkenaan terhuyung - hayang lalu jatuh dan akibat impak tersebut penunggang dan motorsikalnya melantun ke laluan paling kiri lebuhraya. Aku semakin mendekati dalam jarak 200 meter, lelaki berkenaan sempat bangun dan berlari ke tepi lebuhraya, kebetulan juga aku tidak laju, aku terus menekan brek, mengawal kereta dan mengelakkan keretaku daripada merempuh lelaki dan motorsikalnya itu, kebetulan penunggang motorsikal dan kereta di belakang peka akan apa yang terjadi dan memperlahankan kenderaan masing - masing. Jika aku terlewat menekan brek pasti lelaki berkenaan sudah digilis dan berada di bawah keretaku dan kenderaan lain yang berada di belakang pula merempuh keretaku. Ya Allah !! Aku menyusur ke tepi laluan kecemasan, berhenti seketika kerana amat terkejut dengan insiden itu. Jantungku berdegup laju, berderau darah dan seluruh anggota tubuhku menggeletar...

Kaget, takut, cemas bercampur baur, mujur aku tidak apa - apa kerana khuatir aku boleh mendapat serangan jantung jika terlalu terkejut. Aku berhenti dan melihat dari cermin pandang belakang akan keadaan lelaki itu, dia tidak apa - apa, berdasarkan apa yang aku lihat, dia dihampiri oleh penunggang motorsikal lain yang berhenti dan membantunya. Kelihatan juga laluan paling kiri lebuh raya terhenti kerana motorsikal lelaki berkenaan menghalang laluan trafik. Aku meneruskan perjalanan ke pejabat dengan rasa penuh debaran...

Aku berharap aku tidak dipersalahkan dalam hal itu, rasa bersalah kerana tidak membantu lelaki itu, tetapi memikirkan aku berada dalam situasi yang amat terkejut aku terpaksa menenangkan diri seketika di dalam kereta lalu  meneruskan perjalananan. Mujur juga dia sempat bangun dan mengelakkan diri, jika tidak... mungkin kereta yang kupandu telah melanggar lelaki berkenaan andai dia tidak bangun tepat pada masanya...





Tiada ulasan: