SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

20 Februari 2013

BILA ???


Aduhh...

Pengakhiran yang sangat menyakitkan hati. Inilah drama Melayu, 'suspen' sahaja yang lebih. Episod 40 iaitu episod terakhir Trilogi Cinta 2 berakhir siarannya pada 14 Februari lalu. Aku baru berkesempatan menonton kerana pada 14 Februari lalu aku amat sibuk dengan tugas dan tidak berkesempatan menontonnya di kaca televisyen. Mujurlah dengan adanya Myklik, web portal RTM, aku dapat menontonnya semula. Di dalam babak terakhir siri berkenaan, watak Razif lakonan Rosyam Nor dan Norjinah yang dilakonkan oleh Fouziah Gous tiba di KL Sentral untuk berlepas ke luar negara, mereka berdua terlihat watak yang dilakonkan Raisuddin Hamzah iaitu Taufik keluar membawa bagasi, dan tidak lama kemudian watak yang dilakonkan Rita Rudaini iaitu Suraya turut keluar dari pintu yang sama bersama bagasi. Razif hampir dilanggar oleh sebuah kereta dan Norjinah cuba menyelamatkan Razif yang kelihatan berada dalam keadaan keliru apabila melhat bapanya Taufik dan Suraya. Persoalannya...

1. Adakah Razif terselamat daripada dilanggar oleh kereta berkenaan?
2. Apa yang terjadi kepada Norjinah yang cuba menyelamatkan Razif?
3. Apakah kemungkinan adanya hubungan di antara Taufik dan Suraya?

Apakah ia akan terjawab di dalam Trilogi Cinta 3 selepas ini? Rosyam Nor, sila jawab ??

Bila ???

Aku pasti bukan aku sahaja yang memikirkan akan perkataan 'bila', mungkin juga segenap pekerja di syarikat tempatku bekerja. Ini adalah gara - gara bonus, membuatkan semua orang berfikir, memikir dan terfikir tentangnya. Sesi 'town hall' pasti akan diadakan penghujung bulan ini untuk memberi taklimat akan kedudukan syarikat, tetapi bukan prestasi syarikat yang pekerja nantikan, majoriti pekerja akan menantikan pengumuman pemberian bonus dan kadarnya berdasarkan KPI pekerja. Alhamdulilah, KPI aku untuk tahun 2012 diberikan penilaian '5'. Ini adalah julung kalinya aku memperolehi penilaian yang terbaik, mungkin sebagai ganjaran kepada tugas luar biasa yang telah aku laksanakan. Berkemungkinan besar jika syarikat memberikan peratusan yang tinggi untuk bonus, maka aku akan memperolehi sejumlah bonus yang agak besar sepanjang 9 tahun bekerja, jika prestasi kewangan syarikat tidak memberangsangkan, mungkin juga bonusnya kecil. Tidak mengapa, asalkan ada sedikit habuan untuk aku selepas berhempas pulas bekerja sepanjang tahun 2012 walaupun dikekang masa dengan pelajaran dan masalah peribadi. Alhamdulilah...

Mahu bersiap ke Kulim, menziarahi adikku dan keluarganya, melepaskan rindu pada anak - anak buah yang nakal...





1 ulasan:

caer sasuke berkata...

sabaq noh..ade la nnt tu..hehe