SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

26 Februari 2013

ON YOUR MARK, GET SET, KAHWIN !!!


2300 PM...

Aduh, terasa amat payah sekali hendak melelapkan mata, walaupun perut telah kenyang terisi roti telur buatan sendiri, namun dua bebola mataku masih segar bugar, barangkali selepas menaipkan entri ini aku dapat beradu dengan lena...

Alhamdulilah, pengurusan tertinggi syarikat telah mengumumkan prestasi keuntungan syarikat sepanjang tahun 2102 dan pemberian bonus menyusul sebagai penghargaan kepada setiap staf yang bertungkus lumus bekerja sepanjang tahun lepas. Aku amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerana rezeki kali ini agak lumayan, dapatlah aku manfaatkan ia sebagai suntikan modal untuk membeli rumah dan juga merencana ke arah mendirikan rumah tangga. Nampak gayanya kali ini aku tidak akan sesekali membuang masa dengan bermain cinta, setelah aku kenal pasti siapa bakal isteriku, aku mahu segerakan ibadah yang amat dituntut itu, kerana aku amat - amat memerlukan teman hidup, memang benar, aku amat sunyi hidup sendiri...

Dalam dua tahun kebelakangan ini aku sempat menyulam rasa cinta dengan dua wanita, namun kecundang di pertengahan jalan. Aku bukan hendak bereksperimentasi,  aku cuma mahu tahu adakah wanita - wanita itu punya tahap kesabaran yang tinggi dan sanggup susah dan senang bersamaku. Ternyata merekalah yang tertewas, aku pasrah dan aku yakin suatu hari nanti aku akan temui wanita yang cocok denganku. Alhamdulilah, Allah swt telah menunjukkan kepadaku akan seseorang...

Ketika sedang berbaring, sedang tangan kuletak di atas dahi dan mata merenung jauh entah ke mana, lirik lagu ini bermain di minda...


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan 
Untuk kau hargai dengan kasih sayang


Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami 


Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

6 ulasan:

Meow Aizawa berkata...

salam... wah wah wah..
bagus la.. cepat2 kajwin tu
meow singgah ye ^_^

Dewi Cenderawasih berkata...

Lagu favourite sampai bila2 :-)
semoga awak ditemukan dgn isteri yg terbaik untuk awak.
-Sarah

Qamaruls berkata...

yeahhh kahwin.. kahwin byk2.. haha gurau jer

Ym.Bundle berkata...

semoga jodoh sampai ke jinjang pelamin zat..jgn pikir sangat soal kekurangan pasangan..sama-sama saling melengkapi..

the malay male berkata...

teruskan berusaha mencari calon yang sesuai.

Sellynna berkata...

biar kecundang masa bercinta.. jangan kecundang selepas disatukan...

kenal hati budi pasangan betul2.. tp x semestinya sampai kena 2-3thn bercinta..

kadang2 jodoh kita kat sebelah je.. tp tuhan saja nak tunjukkan jalan jauh.. bagi kita kutip pengalaman seluas-luasnya..

ceehh pandai nasihat org.. saya pon kenal suami 3 bulan je hahaha..