SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 Februari 2013

PAKCIK MINTA MAAF...



Semalam, sementara adikku Fazrul dan isterinya perlu bergegas ke rumah lama mereka di Guar Chempedak, aku bertindak sebagai 'baby sitter' kepada dua orang anak saudaraku, Farhana dan Husna. Menjaga kanak - kanak tidak sukar, namun melayan karenah mereka sedikit meletihkan. Kuakui aku bukan seorang yang sukakan kanak - kanak malah aku berasa rimas untuk melayani tingkah laku kanak - kanak yang banyak 'songeh'. 

Tiba pada suatu ketika, Farhana berkelakuan sedikit kurang ajar, apa lagi, perasaan amarah mula menguasai diri. Supaya ia tidak berlanjutan, aku terus masuk ke bilik membawa bersama adiknya Husna, sempat pula si kakak memerli dengan kata - kata yang menyakitkan hati. Aku membalas dengan mengatakan yang dia amat kurang ajar...

Di dalam bilik, aku cuba memendam kemarahan, namun apabila mengingatkan bukan kali pertama si kakak berperlakuan sedemikian, terus marahku bertambah - tambah. Tiba - tiba si kakak menjengukku dan adiknya di bilik, terus sahaja aku menengking dan menghalaunya dari muka pintu sehinggakan emak turut terkejut. Lepas semua amarahku, puas !!

Emak terus - terusan memujuk si kakak yang menangis teresak - esak. Aku di dalam bilik terus membebel, mengeluarkan segala apa yang aku pendamkan. Emak sekadar menasihati aku supaya bersabar dan mengingatkan aku bahawa mereka masih kanak - kanak, mereka tidak berfikiran seperti orang dewasa, dalam masa yang sama juga emak berusaha memujuk si kakak kerana khuatir jika dia masih menangis ketika ayah dan ibunya tiba di rumah, pasti mereka menjangkakan si kakak dimarahi kerana kenakalannya. Adikku Fazrul juga panas baran, pernah dia memukul anak - anaknya dek kerana kedegilan mereka di hadapan kami sekeluarga.

Entahlah, aku sendiri tidak pasti kenapa aku tidak sukakan kanak - kanak...

Farhana, maafkan Pak Ngah...


3 ulasan:

caer sasuke berkata...

takpe..bukan niat kite nk marahkan..tp pnah gak kena marah aritu..nangis beriya2..huhu

Nastyna berkata...

Understood... I myself even anak sendiri pun I marah2 and ada kala tengking (bila tak sempat control amarah), at least dorang tau apa yg dorang buat tu salah. Ni nak sedapkan hati sendiri jer jugak :D
Salam kenal tho.

Sellynna berkata...

Salam kenal..

Memang jaga budak kecil ni byk nguji kesabaran.. even saya sndiri sbgai ibu pon kadang2 tercabar, lagi2 jenis anak yg suka menjawab.. kadang2 marah, kalau geram sgt terlepas jugak kena pukul.. pastu saya pulak yg nangis..