SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

26 Mei 2013

KETIKA MASIH SEPARUH BOGEL...




Alamak!!!! Geng tabligh lah !!!! 

Maaf, bukan niat aku untuk mengelakkan diri daripada dihampiri mereka, cuma aku keletihan, cepat - cepat aku masuk ke rumah usai jogging di Taman Rimba Ria Seksyen 8 Kota Damansara. Sudah berkali - kali aku ditarbiah, sudah kering air mata menangisi kejahilan diri, sudah pernah menyertai sebuah pergerakan yang bermotifkan mahu memenangkan Islam berdasarkan Rububiah, Mulkiah dan Ubudiah Allah swt, tapi hati aku masih kental dijajah syaitan laknatullah...

Cuma dapat berlari dan berjalan pantas seketika sebelum hujan turun renyai - renyai. Bukan takut hujan, aku mahu mengelakkan diri daripada mengalami demam. Cukuplah demam bulan lalu yang menyebabkan aku selesema dan batuk yang agak teruk. Aku fikirkan yang positif, ketika itu Allah swt membuatkan aku sakit kerana mahu menyiapkan aku untuk menemui bulan Ramadan yang tinggal sebulan lebih sahaja lagi dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. 

Mungkin disebabkan malam tadi hujan turun dan menyejukkan bumi Allah swt ini membuatkan aku tidur dengan sangat nyenyak. Sambil mata di TV, aku sempat menyiapkan lauk pauk dan menanak nasi sebagai santapan tengah hari buat aku dan Ijai, adik bongsu kesayangan yang tahunya cuma bermain gitar. Usai zohor, aku terus menyibukkan diri melipat pakaian kering. Tak mahu menunggu ia terus menggunung tinggi di atas katil. Ijai keluar meninggalkan aku sendirian di rumah, seperti biasa dia perlu berada di set Bintang Mencari Bintang di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Maka tengah malam nanti baru kan pulang. 

Apa yang tetap juga aku lupa? Menyudahkan tugasan pengajian !!! 

Sebentar nanti aku lakukan, mencari semangat yang hilang seakan direntap dan dibawa pergi entah ke mana dan tak mungkin kembali lagi...

Tengah hari tadi juga sempat aku menyudahkan balutan hadiah untuk adik angkat kesayangan. Semalam bertemankan Ijai kami pergi ke Uptown Kota Damansara berbekalkan misi mencari sesuatu untuk dijadikan hadiah harijadi. Alhamdulilah dalam masa yang singkat aku dapat membelinya, seutas jam tangan untuk dijadikan hadiah, dan menambah pembelian peribadi dengan seutas jam tangan rona kuning hitam serta tali pinggang dan juga sepasang kasut rona hitam dan kuning yang saiznya seperti kasut Ronald McDonald. Aku bercadang sesudah waktu kerja esok petang mahu singgah sebentar di rumah adik angkatku itu dan menyerahkan hadiah harijadinya yang ke 26 tahun. 

Aku berharap adik angkatku itu menghargai hadiah pemberianku kelak kerana jam melambangkan masa dan masa melambangkan keperibadian seseorang... 

Saat menunggu hujan berhenti dan sambil melakukan senaman ringan ketika berteduh dari hujan yang tidak lebat, aku memerhatikan gelagat sepasang pengantin baru yang 'bagai nak rak' bergambar dalam hujan. Apakah??? Sebelum itu ada juga dua pasang pengantin baru yang juga menjalankan sesi fotografi mereka di tasik berkenaan dengan pelbagai gaya yang sedikit membuatkan aku berasa 'meluat'. Pada firasat aku mereka ini pasti baru sahaja selesai majlis resepsi mereka dan kesempatan yang ada dimanfaatkan untuk bergambar. Dan aku tetap berfikir, apalah salahnya sesi bergambar berkenaan diadakan pada hari lain dan hari tersebut sepatutnya pengantin baru melayani dan bertemu dengan sanak saudara juga handai taulan yang jarang ditemui. Aku cuma pandai berkata - kata, entah apa akan terjadi pada diri aku sendiri apabila aku melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan, bahkan aku bersama pasangan mungkin lebih teruk lagi. Tapi aku lebih terdorong untuk bersederhana, kerana aku sudah tua !!

Aku perlu menyangkal pendapat sendiri tentang pengantin yang bergambar di kala hujan tadi, malam nanti kesejukan dan kebasahan mereka ketika bergambar tadi bakal dihangatkan dengan aksi malam pertama... 

Kenapa aku perlu sibuk dengan urusan orang lain ??

Shikin menghubungi aku menerusi chat di Facebook sebentar tadi, mengkhabarkan akan kemunculan aku 'cinonet je' dalam majalah Jelita edisi Jun 2013. Pada mulanya Shikin berkata beberapa hari lalu artikel itu tidak dapat disiarkan. Muncul lagi aku dalam penerbitan, yang lama dulu tentang fobia aku terhadap darah dan lori besar (tolong jangan gelak) yang disiarkan di sebuah akhbar tabloid dan menyebabkan ia dijadikan bahan entri banyak blog, sungguh memalukan aku. Dan kali ini tentang pendapat aku terhadap isu menumpang tuah. Aku cuma menunggu tuah untuk matawang Iraq dinilaikan semula dan mahu menjadi jutawan dengan cara itu, in sya Allah. Rozi menghubungiku sebentar tadi dan menyampaikan khabar positif tentang IQD. Katanya awal Jun nanti IQD bakal RV !!! 

Saat dan ketika ini, tatkala masih separuh bogel demi mengeringkan peluh sebelum mandi dan solat maghrib, aku rindukan NOORUL HIDAYAH !!!













5 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

cantik orangnya =)
semoga berbahagia abang!

blog-tips-kurus berkata...

kim salam kat awek manis itu.. :)

betul ke duit Iraq nak naik??

Ahlam Miera Amirul Shafie berkata...

hahahahaha... sedikit terkejut dgn tajuk entry...gempak gtu....kihkihkih

Sellynna berkata...

pengantin tu sewa baju sehari je, tu yg bantai berposing sakan... hari lain da kira harga lain..

oppss.. pnglaman..!!

ctpayong berkata...

hmmm...noorul hidayah...sessi photograhy dengan pakaian sopan & orangnya manis sekali.

ooohhh...sessi photography outdoor...setuju dengan sellynna.

oiii...cik adik...tajuk ngan cerita macam langit ngan bumi tapi carchy yo