SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

13 Julai 2013

300 KILOMETER...



Tengah hari tadi aku leka di depan komputer, sambil bermain - main dengan aplikasi Google Map, entah apa yang aku tercari - cari, telah segenap pelosok dunia aku pergi tetapi cuma di atas peta, bilalah agaknya secara fizikal aku akan sampai di Amerika Syarikat ?

Apa yang lebih menyedihkan, aku kerap melihat rumah ibuku di Gurun menerusi Google Map, apakah agaknya yang sedang ibuku buat di sana? Adakah dia sedang sibuk dengan pokok - pokok bunganya? 


Bayangkan, aku sekarang di sini...


Dan, untuk sampai ke sana, aku perlu melalui...


Terdapat penegasan di situ, alangkah bagusnya jika jaraknya hanya 30 kilometer, pasti kupulang berbuka puasa dan bersahur bersama ibuku setiap hari...

Bersabarlah ibuku, anakmu ini akan pulang di hari raya nanti... 



2 ulasan:

the malay male berkata...

apply cuti raya lama skit, baru terubat kerinduan tu

Anak Pak Muin berkata...

naik flight ;)