SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

01 Julai 2013

CINTA JANGAN PERGI...




KECEWA...



Aku fikir Lea Suraya akan memilih Hud, kerana aku tak suka Lea bersama dengan Khalil, oh tidak, Hud mati setelah cedera parah kerana ditembak abang Shireen !!
 
Dalam keadaan kepala yang masih berat dan pening - pening, aku menonton dua episod final CINTA JANGAN PERGI. Sepatutnya aku boleh menonton lebih awal tetapi sejak ditugaskan untuk mengendalikan ILS, aku semakin jauh dari dunia archive unit yang membolehkan aku menonton sebarang program tv lebih awal dari tayangan di kaca televisyen. Semalam sepatutnya aku bekerja, tetapi akibat sakit kepala yang masih bersisa, aku tidak berani menggagahkan diri bermotorsikal untuk ke pejabat. Cukai jalan telah seminggu tamat tempoh dan aku lambat memperbaharuinya. Akibatnya kereta kesayangan aku itu tidak bergerak selama seminggu.
 
Dan malam tadi aku menonton CINTA JANGAN PERGI tanpa gangguan untuk menyediakan makan malam untuk adik bongsuku. Aku meminta dia membelikan sesuatu di luar kerana keadaan  diriku yang tidak sihat untuk menyediakan makan malam. Sedikit kecewa kerana pengakhiran episod final CINTA JANGAN PERGI tidak memuaskan hati aku. Aku memikirkan Hud akan menyerahkan sendiri Lea ke tangan Khalil, dan ia diakhiri dengan perkahwinan mereka yang meriah ala - ala babak yang biasa dilihat menerusi telenovela dari negara Latin.
 
Terfikir, watak Hud banyak menyerupai apa yang aku lalu selama ini, sentiasa berada dalam keadaan dilema dan perlu mengalah sehingga memakan diri sendiri...

Berada dalam situasi cinta tiga segi amat merumitkan...





2 ulasan:

Syazana Zainn berkata...

theme song dia pun dah sedih -_-

Anak Pak Muin berkata...

tacing u~ haha