SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

16 Julai 2013

FOBIA NAJWA LATIF...



Marah tanda sayang... benci tanda rindu...

Entri ini tidak bertujuan untuk menimbulkan isu. Maaf aku tidak pernah mengharapkan sebarang publisiti murahan. Mungkin apa yang aku katakan di sini tidak akan disenangi ramai orang, aku mohon maaf, namun aku tetap mahu memperkatakannya, sekadar pencerahan dan luahan rasa hati yang mengharapkan ada yang mengerti...

Aku ingin berterus terang di sini, semakin hari aku semakin tidak menyukai Najwa Latif, aku tidak tahu kenapa. Najwa Latif langsung tidak pernah menyakiti perasaanku, jauh sekali mengenaliku. Tetapi perasaan tidak suka kepadanya semakin membuak - buak. Aku tidak membencinya, tetapi percayalah, aku tidak menyukai Najwa Latif. Aku tidak pasti apa punca sebenar yang menyebabkan aku tidak menyukai beliau. Tatkala terdengar lagunya sama ada di radio atau di televisyen, aku cepat - cepat beralih ke saluran lain. Sama juga ketika melihat beliau di majalah atau di televisyen, aku akan segera mengelak daripada memandangnya. 

Merujuk kepada teori 'six degree of separation, aku mengenali seseorang yang mengenali Najwa Latif. Berdasarkan teori itu, aku mempunyai hubungan dengan Najwa Latif dan seseorang itu sebagai perantara. Persoalannya di sini, adakah kerana tidak lagi berhubung dengan seseorang yang aku kenali itu menyebabkan Najwa Latif menjadi mangsa keadaan? Mungkinkah aku fobia kepada Najwa Latif? Tolong aku wahai Najwa Latif, aku tidak tahu kenapa aku tidak menyukaimu... 

(sumber gambar : www.google.com)

Menurut Wikipedia, fobia kepada perempuan dikenali sebagai 'Gynophobia'. Jika aku fobia kepada perempuan, mengapa aku tetap berhubung baik dengan rakan - rakan perempuan yang lain dan bakal bertunang di hari raya nanti? Mengapa pula Najwa Latif yang menjadi mangsa? 

Sebenarnya bukan Najwa Latif sahaja yang menjadi mangsa keadaan dek pengaruh seseorang itu, aku juga pernah tidak menyukai Anuar Zain, Farid Kamil dan Faizal Tahir gara - gara fizikal, lagu dan lakonan mereka. Aku fobia kepada lagu 'Hanyut, aku fobia kepada lagu 'Sedetik Lebih', malah lebih buruk lagi aku mengelakkan diri daripada menonton lakonan dan kemunculan Farid Kamil di televisyen mahupun di mana - mana sahaja. Entahlah, hanya kerana seseorang itu punca segala - galanya mengakibatkan mentaliti aku jadi begini...

…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Al-Baqarah: 216

Lupakan tentang Najwa Latif, aku mahu bercerita tentang Mohd Shahir bin Yusof Dajivi, sahabat yang telahku anggap seperti adik kandungku sendiri yang tidak lama lagi akan menjadi adik iparku. Isnin lalu beliau memulakan latihan praktikum di salah sebuah sekolah rendah kebangsaan di Nibong Tebal. Beliau bersama dua rakan yang lain menyewa sebuah rumah dua bilik di kampung berhampiran dengan sekolah berkenaan. Buat masa ini Shahir atau lebih mesra dipanggil Caer dan lain - lain rakan sepengajian beliau di IPG Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, belum menerima elaun. Bagaimana kelangsungan hidup mereka akan lebih terjamin sekiranya elaun yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka belum juga diperolehi? Apatah lagi dengan kehadiran bulan Ramadan ini pasti mereka amat mengharapkan elaun untuk memenuhi keperluan sepanjang bulan mulia itu. 

Aku dikhabarkan bahawa peruntukan kewangan untuk sektor pendidikan termasuklah elaun kepada pelajar di IPG berkurangan atau mungkin tiada kerana ia telah banyak digunakan untuk menanggung kos PRU 13 yang lalu. Jika perkara ini benar, kerajaan sepatutnya perlu lebih bertanggungjawab dan bersikap adil kepada pihak yang amat memerlukan. Bukan semua pelajar IPG datang daripada latar belakang keluarga yang senang. Elaun itulah yang akan membantu pelajar - pelajar IPG yang tiak berkemampuan untuk meneruskan hidup tanpa perlu bergantung harap sepenuhnya dengan keluarga masing - masing. 

(sumber gambar : www.caersasuke.my)

Shahir sendiri, telah ketiadaan bapa. Ibu dan kakaknya menjana pendapatan dengan berniaga makanan saban hari. Berapa sangatlah pendapatan yang diperolehi hasil daripada jualan makanan untuk dibelanjakan. Mujur Shahir seorang yang sangat berjimat cermat. Malah beliau mengelak daripada meminta wang daripada ibu dan kakaknya. Shahir dengan sedaya upaya mengikat perut, mengehadkan perbelajaan agar wang yang ada dapat dimanfaatkan untuk pengajaran beliau ketika sedang menjalani latihan praktikum di sekolah berkenaan. Aku mengagumi Shahir, walau bagaimana susah sekalipun, beliau tidak akan meminta - minta. Malah wang yang ada dalam genggaman beliau dimanfaatkan sebaik - baiknya. 

Aku tidak teragak - agak untuk membantu Shahir meringankan sedikit beban yang beliau galas. Sekarang masanya Shahir perlu dibantu, manalah tahu suatu hari nanti, ketika aku dalam kesusahan, setidak - tidaknya aku dapat mengharapkan belas ihsan daripada Shahir. Hidup ini adalah karma, tidak selalunya kita di atas dan tidak selamanya kita akan terus berada di bawah. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” Ar-Ra'd (13):11





1 ulasan:

Ahlam Miera Amirul Shafie berkata...

hahahaha... ada jgk macam ni yer.... kesiannn najwa latif.. jgn xbenci sy lak yer sbb komen sini...hohohoh