SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

21 Julai 2013

LAKSAM ITU SEDAP !!





Setelah pertama kali mencubanya, kini baru kutahu betapa enaknya laksam...





Itu sahaja untuk hari ini, tetapi aku masih tidak mampu melupakan kesedapan makanan yang berasal dari pantai timur semenanjung Malaysia itu...

Resipi laksam ini diambil daripada blog http://lalangorange.blogspot.com/2013/01/resepi-laksam.html


Bahan (untuk laksam) :
2 cawan tepung beras
3 cawan air
Sedikit garam


Cara-cara (laksam)
Letak pengukus atas dapur (jangan lupa la letak air). Biarkan dan tunggu sehingga air mendidih. Sementara air nak mendidih tu campur semua bahan (untuk laksam) kemudian kacau sebati. Ok, air dah mendidih kan. Sapukan minyak masak pada tudung periuk letak dalam pengukus. Kemudian letak sesenduk campuran yang sebati tadi letak di atas tudung periuk. Biarkan dalam 5 ke 6 minit.


Bahan (untuk kuah)
½ kilo ikan sardin (ike selaye)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar (yang kuning tuh)
¼ halia
Sedikit lada hitam ditumbuk halus
1 keping asam keeping
1 kotak santan


Cara-cara (kuahnya)
Rebus ikan sehingga masak lah. Kemudian asingkan isi dan tulang ikan. Isi ikan yang sudah tidak bertulang lagi masukkan ke dalam blender. Kemudian blendkan dalam 1 atau 2 minit. Okey next, terus letak semua bawang, halia, lada hitam yang ditumbuk halus ke dalam blender bersama ikan tadi. Blend kan semua campuran lagi sekali sehingga betol2 hancur. Last masukkan semua bahan yang di blend ke dalam periuk bersama santan dan asam keeping, letak atas dapur. Kacau dan masak hingga mendidih.


Ulam dan sambal
Untuk ulam hiriskan daun kesum, kacang panjang dan timun.
Untuk sambal blendkan cili padi bersama sedikit cuka makan.


Tips:
Kepekatan untuk buat laksam ni kena ikut nisbah 2:3, air lebih 1 sukatan daripada tepung, so xkesah la guna bekas apa pon cawan ke gelas ke.. hehe... Tapinya aku tak ikut juga sebab aku suka buat dulu satu pastu tengok hasilnya lepas kukus tu kalau lembik sangat tambah tepung....kalau keras dan tebal ja macam lempeng tambah air and so on..sampai la dapat hasil yang rasa puas hati dan cantik dah..

Nak tahu masak ke belum, bila dah mengelembung selepas 5 ke 6 minit..dah masak la tu.. biarkan ia suam sikit baru lah gulung kan. Guna la sudu masa nak gulungkan tu.


Andai kata laksam tadi lembik juga… boleh letak tepung gandum sedikit.





Terima kasih cik Lalang, saya akan cuba untuk memasak laksam yang enak !!







1 ulasan:

bukankosong berkata...

maigod!

my feveret!