SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

15 Julai 2013

MARI MEMASAK PIZZA

 
 
 
Adik bongsu aku si Ijai selamat sampai dari Gurun pada subuh Ahad lepas, bertolak dari sana kira - kira 11 malam menaiki bas dan turun di kawasan R&R Jejantas Sungai Buloh melewati waktu imsak. Kasihan adikku itu, tidak sempat bersahur. Oleh kerana dia tidak bersahur, aku bercadang untuk memasak sesuatu yang istimewa untuk kami berdua sebagai juadah berbuka puasa.
 
Sebelum tengah hari Ahad yang lalu aku membeli barang dapur dalam kuantiti yang agak banyak di AEON Big berhampiran rumahku, tidaklah terlalu boros. Mungkin boleh bertahan untuk dua minggu atau lebih. Semenjak memiliki buku resipi baharu yang aku beli beberapa minggu lalu, dapur kecil rumah sewaku itu seakan menyeru untukku kerap memasak di bulan Ramadan ini, walaupun aku sedar aku tidaklah sepandai chef untuk menyediakan pelbagai jenis makanan.
 
Sesudah Zohor aku sudah tiba di rumah, dan dengan payah aku membawa naik barangan yang telah aku beli itu ke rumah di tingkat lima, maklumlah tinggal di flat tingkat lima yang tidak berlif, untuk turun naik berkali - kali adalah sesuatu yang mustahil, maka aku sanggup menjinjing beg plastik penuh di tangan sehingga jiran - jiran seflat merenung tajam. Pasti di fikiran mereka aku mahu berjualan dengan barang - barang yang aku beli itu. Pedulikan tentang tanggapan orang, tak perlu kata apa - apa, SENYUM !!
 
Inilah sebahagian besar barang yang aku beli, barang basah terus kusimpan di dalam peti ais untuk mengekalkan kesegaran...
 
 
 
Terasa agak keterlaluan, tetapi aku tetap memikirkan yang positif, mungkin kos yang dikeluarkan agak besar tetapi setidak - tidaknya aku dapat berjimat dengan memasak sendiri makanan untuk berbuka puasa dan bersahur. Aku bercadang untuk menyediakan pizza mini, nasi daging dan daging masak merah untuk aku dan Ijai nikmati ketika berbuka puasa dan bersahur walaupun aku tahu ia adalah kali yang pertama aku menyediakannya.
 
Mari kita sediakan bahan - bahan untuk membuat pizza mini...
 
 

Pizza mini yang siap untuk dibakar...
 
 

Inilah hasilnya...
 
 

Jangan tertipu, itu hanya gambar yang aku sedut dari Google. Aku terlupa untuk mengambil gambar hasil daripada pizza mini yang aku sediakan. Sebenarnya ada kisah tragis yang berlaku. Setelah siap menyediakan lima keping pizza mini, aku terlebih dahulu memanaskan ketuhar bulat milik ibuku yang beliau wariskan kepadaku.
 
 
(sumber gambar : www.koleksi1001resepi.com)
 
Sebelum ini aku kerap menggunakannya untuk membakar ikan dan kek. Ketika zaman kanak - kanakku, ketuhar bulat itulah yang ibuku guna setiap kali mahu membuat kek apabila menjelang hari raya dan lain - lain hari istimewa. Dan akhirnya ketuhar bulat itu tidak berfungsi lagi selepas aku mencucinya untuk membakar pizza mini yang aku sediakan. Mungkin kerana berlaku litar pintas, ketika cuba memanaskan ketuhar bulat itu, satu rumah terputus bekalan elektrik !!
 
Dan akhirnya aku terpaksa ikhtiarkan cara lain agar pizza mini aku itu masak dengan sempurna. Ketika berbuka, pizza mini itu terus kucuba, ternyata ia SEDAP !!! Adikku Ijai berkali - kali menambah, mujur aku membuat lima keping untuk kami berdua makan.
 
Selepas ini bolehlah aku memasang impian untuk membuka kedai pizza...
 
BERANGAN !!!
 
Ijai baharu sahaja menghantar pesanan ringkas kepadaku, katanya hari ini dia akan berbuka puasa di luar bersama dengan rakan - rakannya memandangkan dia akan mengakhiri latihan praktikalnya dalam tempoh dua minggu lagi. Nampak gayanya aku perlu berbuka puasa sendiri lagi hari ini...
 
Apa yang terjadi dengan nasi daging dan daging masak merah yang aku katakan di awal - awal tadi ??
 
Apa yang boleh aku katakan di sini, sememangnya aku dilahirkan dengan bakat memasak...
 
SENYUM !!!
 
 
 
 

1 ulasan:

Megan Chou berkata...

haha baru ingat gambar tu hasil sendiri. best gak buat mini pizza sendiri ni :)