SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

05 Julai 2013

MEMBACA LEBIH BAIK DARIPADA BERLAGAK 'DIVA'...



Baiklah, ini adalah kempen membaca peringkat blog... 

Demi membuatkan aku happy gembira, (maaf, aku pejuang Bahasa Melayu Tinggi walaupun blog aku bertajukkan bahasa Inggeris), aku pergi ke MPH di One Utama dan membeli empat novel berkonsepkan cinta sebagai hadiah hantaran pertunangan dan satu novel Inggeris di mana tahap pembacanya adalah pelajar sekolah rendah serta sebuah buku resipi khusus sebagai panduan untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan bersahur minggu hadapan. Tetapi adakah sesuai dan tidakkah kelihatan 'out of this world' janggal dengan tindakan aku menyediakan salah satu daripada hantaran pertunangan iaitu novel cinta? Adakah aku telah melawan arus atau aku memandai - mandai atau mahu jadi luar biasa?

Empat buah novel cinta yang hendak kujadikan hantaran pertunangan itu tidaklah perlu untuk aku tunjukkan di sini, terasa sedikit pelik... dan pelik... serta pelik... Salah satunya telah dijadikan drama bersiri dalam slot Zehra di TV3, malam ini episod terakhir drama bersiri tersebut... 

Dan ini novel Inggeris yang aku maksudkan, DIARI OF A WIMPY KID, yang ditulis oleh Jeff Kinney, sebuah novel bersiri kanak - kanak yang ditulis dalam bentuk diari, aku sempat membaca salah satu sirinya  dan ternyata ia sangat kelakar. Aku lebih gemar membaca novel yang berunsur diari dan juga monolog kerana ia tidak melibatkan dialog - dialog yang adakalanya membosankan. Sepatutnya aku membaca novel yang bersesuaian dengan umurku yang berbaki 6 tahun lagi untuk layak berkata 'life begins at 40' kehidupan akan bermula pada umur 40 tahun, tetapi ia kelihatan lebih santai dan laras bahasa Inggeris nya setaraf untuk aku yang bukan lulusan universiti luar negara...  (rendah dan sedar diri).



Ini pula adalah buku resipi yang sangat sesuai untuk si jejaka perasan seperti aku yang lebih gemar memasak sendiri juadah berbuka puasa dan sahur daripada bertawaf dan berlanggar - langgar punggung di bazar - bazar Ramadan sekitar Kota Damansara yang akhirnya kurang pahala berpuasa kerana terjeling - jeling ke arah wanita - wanita yang selamba dan sengaja berpakaian seksi di bulan Ramadan. Aku pasti dengan buku resipi ini aku berkeupayaan menggantikan chef - chef selebriti tanahair dan bakal muncul dengan program masakan sendiri di kaca televisyen tanpa perlu menyertai Master Chef, ha ha ha... 


Jika selepas ini aku masih gagal menjadi 'househusband' (tiada perkataan bersesuaian di dalam bahasa Melayu) yang baik, aku akan tetap menyalahkan penulis buku resipi itu kerana tidak menunjukkan demo penyediaannya, ha ha ha... 

Mari membaca buku, tetapi aku mahu menonton episod terakhir SEBENARNYA AKU ISTERI DIA terlebih dahulu...

Sekian... 



Tiada ulasan: