SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

05 Julai 2013

OK AKU HAPPY !!!!

 
 
OK, cukai jalan aku selamat sampai semalam, terima kasih kepada Allianz General Insurance Motor, terutama sekali kepada cik Hajar yang sangat - sangat membantu, kalau boleh nak jumpa cik Hajar dan belanja makan, jom !!!
 
Maka dengan road tax ni, dapatlah kereta rona hitam jenama Proton Gen 2 milikku yang dibeli pada tahun 2006 dapat dipacu semula. Sudah dua minggu tidak berjalan jauh gara - gara cukai jalan tamat tempoh...
 
Isnin lalu aku terpaksa bermotorsikal untuk pergi ke UiTM Puncak Perdana, menghantar tugasan terakhir yang sepatutnya sudah lama disiapkan. Itulah sikap Melayu sepertiku, suka bertangguh sehingga menyusahkan diri sendiri. Aku jarang untuk bermotorsikal pada jarak jauh dan keadaan motorku juga tidak lagi seperti dahulu. Alhamdulilah, tugasan tersebut selamat dihantar. Dan selepas raya aku akan menyambung semula pengajian, mungkin berbaki lagi dua semester atau cuma satu semester jika aku berkeyakinan tinggi untuk mengambil empat subjek dalam satu semester. Padaku, lebih baik aku belajar dalam keadaan yang santai daripada terlalu mengejar masa untuk cepat menamatkan pengajian. Ya, fokus itu penting... Sebagaimana aku fokus untuk bekerja sehingga kadang kala aku terlupa untuk makan dan berehat. Fokus aku kepada kerjaya juga menyebabkan aku jarang memberikan masa untuk diri sendiri, akibatnya, aku lambat berkahwin !!!

 
Malam tadi, Shahir menasihatkan supaya aku berhenti daripada menulis entri - entri yang berbaur emosi. Memang benar, aku jarang menulis entri yang menggambarkan aku berada dalam keadaan yang menggembirakan. Aku tidak meletakkan apa - harapan untuk sesiapa membaca penulisan aku ini, sekadar menjadikan blog sebagai tempat meluahkan rasa hati yang mungkin manusia sukar untuk memahaminya...
 
Baiklah, mari kita bercakap sesuatu yang menggembirakan. Aku gembira kerana tidak lama lagi aku akan melangsungkan pertunangan. Jarang anak Melayu tidak gembira apabila tiba saatnya mahu melangsungkan pertunangan, apatah lagi perkahwinan. Aku gembira kerana Ida sudi menerimaku sebagai bakal teman hidupnya. Aku juga mengharapkan agar Ida sanggup susah dan senang, suka dan duka, tangis gembira bersa dengan lelaki yang bernama Nazrul Azat. Selepas daripada melangsungkan pertunangan, secara automatik perhatianku akan lebih tertumpu kepada Ida. In sya Allah...

Ok, apa lagi hal - hal yang menggembirakan untuk aku cakapkan di sini? Ok, minggu hadapan semua umat Islam akan memulakan ibadah berpuasa di bulan Ramadan. Kurasakan seperti masih baru lagi Ramadan yang lepas, dan kini tiba lagi Ramadan al Mubarak. Jika di zaman kanak - kanak dahulu, tiba sahaja Ramadan maka tiba juga semangat untuk membuat persiapan hari raya. Tetapi setelah dewasa begini aku tidak begitu teruja untuk menyambut hari raya. Perjalanan masa itu membuatkan kita sedar apa yang perlu menjadi keutamaan, puasa atau raya, mana yang penting? Tepuk dada tanya iman...
 
Ok, waktu sudah menghampiri 9 pagi, waktu untuk bekerja, sekian...







Tiada ulasan: