SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

24 Julai 2013

TAMPARAN ELLY MAZLEIN !!!




Waktu sekarang menunjukkan pukul 1808pm, sempat untuk aku menghasilkan satu entri sebelum ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa...

Alhamdulilah aku baru sahaja selesai menunaikan solat asar, rasa segar selepas mandi dan rasa terubat rindu yang lama tertanggung pada seseorang. Di bazar ramadan seksyen 4 Kota Damansara tadi, dari jauh aku ternampak seseorang yang amat aku rindukan, aku tahu dia juga telah melihatku dari jauh, namun apakan daya aku tidak cukup kuat untuk berhadapan dengannya dan aku sengaja melarikan diri walaupun hati terlalu rindu...

Beberapa hari ini aku sering terlepas untuk menaipkan apa sahaja yang berlaku pada diriku dan di sekelilingku sebagai kisah silam di masa hadapan. Selalu sahaja sibuk dengan tugasan di pejabat dan rumah pula aku sibuk dengan berangan yang tidak pernah berkesudahan. Selepas bersahur dan sejurus selepas menunaikan solat subuh aku mengambil peluang yang ada untuk tidur sebentar. Kebelakangan ini, semenjak aku mula mengambil makanan tambahan iaitu Aura White dan Fat Burner Extreme, aku menjadi semakin keletihan dan mudah tidur. Jika sebelum ini aku amat payah untuk melelapkan mata, kini hanya berbaring beberapa minit aku sudah tertidur. Mungkin juga keletihan kerana berpuasa turut menjadi faktor yang mempengaruhi, asal sahaja tengah hari aku akan terlelap seketika di meja kerja, mujur tiada yang ambil peduli...

Beberapa hari yang lalu, kira - kira jam 1 tengah hari, semasa sedang bekerja dan tersengguk - sengguk menahan diri daripada mengantuk, kedengaran di televisyen akan runut bunyi sebuah drama bersiri siaran ulangan di TV3 yang bertajuk 'Putera Rayyan'. Aku tahu ia adalah nyanyian Elly Mazlein, cuma tidak diketahui tajuknya. Selama ini aku mendengarnya separuh sahaja walaupun aku tahu lagu itu amat menarik untuk didengar apatah lagi yang menyanyikannya juga cantik jelita. Memandangkan aku berasa kebosanan, aku melayari Youtube dan mencari lagu tersebut. Tajuk lagu nyanyian Elly Mazlein itu ialah 'Please Forgive Me' yang dicipta oleh Julfekar. Setelah mendengarnya, aku berasa 'lembik', seolah - olah Elly Mazlein telah berjaya memukauku dengan kelunakan suaranya. Padaku Elly Mazlein wanita yang sempurna, pernahku berhadapan dengannya di Genting Highlands, kecantikannya amat terserlah. Dan setelah mendengar lagunya berkali - kali sebelum tidur yang aku muat turun 'secara haram' (maafkan aku Elly Mazlein) dua hari lalu, aku hampir terbabas tidak bangun sahur kerana bermimpikan beliau...









Aku lupa untuk memperkatakan tentang Aura White dan Fat Burner Extreme yang telah aku ambil sebagai makanan tambahan. Mungkin ada yang berasa pelik kerana aku memilih untuk menggunakan Aura White sedangkan aku adalah lelaki dan aku sendiri sudah berkulit cerah. Tujuan aku menggunakannya adalah untuk memulihara tekstur kulit wajahku yang kian kusam akibat faktor usia. Untuk menggunakan produk seperti krim, losyen atau sabun pencuci aku bukanlah orang yang sebegitu rajin untuk mengamalkan rejim kecantikan sebegitu. Lebih mudah untuk aku mengambil sesuatu yang senang untuk diminum atau dimakan. Aku telah menggunakan produk Aura White untuk botol yang kedua, alhamdulilah kekusaman pada wajahku yang berlaku secara semulajadi akibat proses penuaan semakin berkurangan dan produk Fat Burner Extreme yang baharu digunakan beberapa sachet membuatkan aku berasa cepat kenyang. Tujuan aku mengambil dua produk itu adalah sebagai persiapan untuk aku tampil lebih sihat ketika hari pertunanganku pada hari raya ketiga nanti. In sya Allah aku akan meneruskan pengambilan Aura White dan Fat Burner Extreme di masa hadapan.


Tadi aku sempat melayari internet untuk mencari sampin yang sesuai untuk dipadankan dengan baju melayu rona biru ala - ala Aaron Aziz. Aku terjumpa sehelai sampin biru dengan corak bunga - bungaan diiklankan di Facebook. Namun apabila bertanyakan harganya, tergamam seketika. Berbaloikah aku membeli sampin pada harga RM700 untuk dipadankan dengan baju melayu yang berharga tidak sampai RM200 ? 

Aku akan pulang ke Gurun pada Jumaat nanti dan akan singgah sebentar di rumah bakal tunanganku di Kuala Kangsar untuk berbincang mengenai persiapan pertunangan kami. Sedikit berdebar kerana harinya kian menjelang sehingga membuatkan aku berasa teruja dan terlupa akan hari raya yang bakal tiba. Tetapi hantaran untuknya belum sepenuhnya siap, aduh...

Adikku Ijai sedang sibuk mengemaskan barang - barangnya di bilik, esok adalah hari terakhir dia menjalani latihan praktikal dan akan pulang ke Gurun pada Jumaat malam. Selepas ini aku akan sendiri lagi...

Sekian...





2 ulasan:

bukankosong berkata...

awet muda yer

Meow Aizawa berkata...

aura white berkesan ya.. hehe
meow singgah sini..