SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

11 Julai 2013

RAMADAN TERAKHIR...

 
3.35 petang, tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk pulang pada jam 5 petang, alhamdulilah sepanjang Ramadan semua staf memperolehi pelepasan untuk pulang sejam lebih awal. Dan sekarang aku mahu mengambil peluang untuk menaip sebuah entri, kerja telah disiapkan lebih cepat daripada jangkaan. Perasaan sekarang - MENGANTUK !!
 
Hari ini adalah 2 Ramadan, sudah masuk hari kedua semua umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Tidak banyak bezanya seperti hari - hari biasa, cuma cabarannya adalah dahaga dan sedikit lapar, in sya Allah dalam tempoh seminggu ia akan menjadi kebiasaan.
 
Sebelum bermulanya Ramadan, syarikat mengedarkan sekotak buah kurma secara percuma kepada semua staf. Alhamdulilah, setiap tahun tanpa gagal MPB menyumbangkannya. Yang pasti, aku mungkin hanya akan menghabiskan kurma tersebut selepas hari raya, kerana kurang gemarkan buah yang kering walaupun ia ternyata berkhasiat.



Sehari sebelum bermulanya bulan puasa, syarikat turut mengedarkan bubur lambuk kepada staf menerusi rancangan Wanita Hari Ini, ia tidak disediakan banyak, mujur aku berkesempatan mengambilnya sendiri dari tangan Datuk Johan Jaafar. Malangnya saat aku mengambilnya, pada saat itu juga kamera menghala ke arahku. Masuk sahaja ke pejabat, rakan - rakan, "Wei, Azat masuk tv!!". Perasaanku ketika itu - MENYAMPAH !!.  Pulang sahaja ke rumah menjelang senja, bubur lambuk itu kumakan dengan berselera, dua hari dan sehari sebelum puasa aku sengaja membiasakan diri berlapar dan haus. Jika tidak, mungkin pada hari pertama Ramadan semalam aku 'lembik' menahan lapar dan dahaga.


 
Bulan puasa ini rezeki memang murah, baru sahaja tadi Encik Rahim mengedarkan baucer RM50, masalahnya ia adalah baucer untuk membeli baju dalam wanita. Jadi, kepada siapakah harus baucer ini kuberikan?



Untuk berbuka puasa semalam aku sekadar menyediakan koaw teow goreng, sebahagian dimakan untuk berbuka dan sebahagian lagi untuk bersahur. Itupun tidak dapat dihabiskan kesemuanya. Rasa lapar hilang sebaik sahaja air diteguk apatah lagi mengenangkan yang aku berbuka puasa dan bersahur sendirian menyebabkan seleraku terbantut sama sekali. Entahlah, kuharapkan Ramadan kali ini adalah yang terakhir untukku bersendirian...



Tiada ulasan: