SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

04 Ogos 2013

ROSALINDA KEMBALI LAGI...


 
 
Semalam selepas penat mengemas rumah, aku duduk di hadapan komputer, perkara pertama yang aku lakukan ialah membuka emel pejabat. Sambil menyorot satu demi satu emel, sesuatu telah menarik perhatianku. Telenovela yang suatu ketika dahulu pernah disiarkan di TV3 iaitu Rosalinda akan kembali bersiaran di saluran yang sama, bila masanya aku belum pasti, aku tidak sempat memeriksa jadual tayangannya. Baguslah, sudah jemu rasanya saban petang menonton drama berbahasa Tagalog di TV3, bakit lah, mahal kita lah, salamat lah, kali ini kita dengar lain bahasa latin pula lah...


Apabila mengenangkan nasib diri, tatkala orang lain sudah sibuk pulang ke kampung halaman, hari ini aku masih di pejabat dan bekerja. AKU NAK BALIK GURUN !!!!
 
Ermmm...
 
 

1 ulasan:

Suria Lekatlekitgurl berkata...

Rosalinda dulu pun tak abis tengok.. tp kalau cerita ulang tayang ni dah tak best tengok la sebab dah tak suspen. apapun selamat hari raya maaf zahir batin. Raya tak balik kedah ker