SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

28 Oktober 2013

KAU MEMANG BANGANG !!




Ok, aku nak kembali menulis ala - ala bangang...

Jam sekarang baru saja 0422 pagi dan aku masih di ofis sampai 9 pagi nanti, kerja syif malam minggu ini, apa nak buat, kerjaya aku terlampau hebat sampai perlu bertugas tatkala orang lain sedang enak mengalirkan air liur di bantal masing - masing... 

Serius aku tak ada semangat hendak bekerja sepanjang malam ini, kerana apa :

1. Network yang menghubungkan aku dengan aku punya database kerja tak boleh buka !
2. Memikirkan yang esok aku kena pergi Wah Chan angkat itu gelang emas untuk wa punya bakal bini !
3. Sebab aku mengantuk !
4. Sebab aku takut sorang - sorang kat ofis ni, haha...

Apakah yang berlaku kepada aku sepanjang bulan September nih? Kejap nak ingat... Ok aku lupa, haha... Sekarang aku nak ambil pendekatan untuk update blog aku ini sebulan sekali saja, atau paling rajin pun dua tiga entry sebulan, sebab aku dah malas dan aku menulis bukan kerana nama, haha... Aku bukan artis popular untuk orang lain tahu akan kehidupanku, cukuplah aku 'low profile', karang ramai pulak makan hati bila aku glamor dan bajet diva... 

Minggu hadapan aku ada temuduga untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41) Di SPA Putrajaya. Pelik, tiba - tiba dipanggil untuk temuduga itu sedangkan aku telah pergi ke Assessment nya di Chukai 3 tahun lepas dan aku tidak melepasi kelayakan! Dan aku sendiri telah memadam permohonan untuk jawatan gred M41 daripada permohonan jawatan menerusi SPA. Aku tak letak apa - apa harapan langsung untuk temuduga itu, dah biasa sangat kena reject sebabnya aku bajet diva sangat untuk berkhidmat di sektor kerajaan, haha... Dapat ok tak dapat pun ok, lagipun kerja sekarang pun not bad at all cuma aku dah tak larat nak kerja syif lagi macam malam ni. Bos pun dah janji akan kurangkan syif bila sistem MAM yang baru akan masuk suku kedua tahun depan. Dan banyak prospek yang menarik kalau aku stay bekerja di sini. Kalau aku dapat kerja kerajaan itu aku perlu bermula semula di bawah... Serba salah, memandangkan aku bakal berkahwin tahun hadapan, setidak - tidaknya bonus yang bakal diperolehi kira - kira bulan Februari hadapan dapatlah digunakan untuk menampung sedikit sebanyak perbelanjaan semasa majlis perkahwinan. Aku kan suka sangat bajet diva, so majlis perkahwinan nanti kena la letop kan, hahaha... Kalau aku dapat kerja lain, melayang lah bonus aku yang ribu riban itu. In sya Allah, rezeki ada di mana - mana sahaja asalkan aku berusaha dan bertawakal, kan...

Aku rasa macam nak mengumpat sikit, bukan nak mengumpat pasal bos aku eh, aku dengan bos dah ok ok, so aku tak nak la cari pasal dengan dia, apapun aku kena respect pada dia, kan... Aku cuma nak cakap pasal staf senior yang hajatnya tak berapa nak kesampaian untuk bergelar senior executive. Dah bukan rezeki kan, esok - esok sampai lah rezeki tu, cepat dengan lambat je kisahnya, tapi dia mcam tak puas hati dengan kawan aku sorang nih yang dah melangkah lebih cepat mengatasi dia. Sekali lagi aku cakap, ini rezeki. Kalau Allah dah nak bagi pada orang lain bermakna kau belum ada rezeki, mungkin lambat sikit tapi bersabar lah. Kisahnya cik kak sorang nih nak dijadikan cerita telah meletop kebabow (marah lah tu). Aku nak cerita pun kisahnya panjang sangat, tapi lebih kurang macam kat bawah la ceritanya...

Pada satu hari, si Ikbar nih antara terpaksa atau dah tak ada pilihan lain kena tulis attendance pada Emi, si Emi ni mintak tolong sebab dia akan terlewat sikit, maklum la dia baru dapat title SERC, kene la jaga serba serbi kang orang cemuh. Dalam pada masa yang sama jugak, cik kak yang aku maksudkan di atas tu terlambat tulis nama dia di attendance list, dan dah sampai 910 pagi si SERC sorang lagi berperanan sebagai penjaga garisan, setiap hari dia kene la buat satu garisan tepat 180 darjah dekat attendance list menggunakan pen merah tu sebagai tanda memisahkan antara staf yang datang sebelum dan selepas waktu yang sepatutnya iaitu jam 9 pagi. Nak dijadikan cerita lagi, cik kak itu lambat tulis namanya di attendance, maka meletop lah dia pada si Rahim, membebel pada Rahim, lepas tu dia keluarkan lah kisah si Ikbar tolong tuliskan nama Emi pada attendance, sedangkan Emi belum sampai. Kesimpulan yang sampai sekarang tersimpul mati :

1. Ikbar tersepit, antara nak tolong atau terpaksa tolong kawan, tapi dia yang kena marah
2. Cik kak memang dah lama angin dengan Emi sebab dia yang nak sangat jadi SERC
3. Rahim tercengang - cengang sebab dia tak buat salah apa dia cuma garis pada attendance list macam biasa
4. Emi malas nak layan perangai cik kak itu, lantaklah... Tapi Emi tetap salah dalam hal ini
5. Cik kak bermasam muka dengan staf yang kamceng dengan Emi dan Ikbar, termasuklah aku

Aku rasa bos dah patut sangat pakai thumb reader tu untuk attendance, tapi teknologi di ofis aku ini biasanya 10 tahun kemudian baru sampai, huhu...

ok jap nak minum teh, hehe...


Sejak dua tiga menjak ni aku tengok ramai sangat staf dalam ofis aku berada dalam konflik dan ada yang ambil kesempatan untuk jadi batu api dan tak pasal - pasal ada yang jadi mangsa walaupun tak tau hujung pangkal cerita. Aku ambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan mengelak daripada konflik, itu pun ada yang tak puas hati. Bayangkan, aku buat hal aku sendiri pun salah, seolah - olah jatuh hukum wajib untuk aku masuk dalam mana - mana puak dan turut sama menyertai konflik dan politik di ofis supaya tak menjadi kera sumbang dan dipulaukan. Tapi aku dah memang di'kera sumbang'kan, buktinya kalau diaorang pergi makan, aku ditinggalkan sendiri... Aku dah biasa dah, nanti dalam kubur pun sorang - sorang...

Inilah salah satu punca dan faktor penolak untuk aku cepat - cepat cari kerja lain, aku dah letih nak berhadapan dengan sikap plastik sesetengah orang di ofis aku. Oleh yang demikian, di sini secara jujur aku perlu menukar pengakuan yang sebenarnya aku sangat desperate untuk lulus temuduga PTD itu dan bekerja di tempat lain. Terpaksa buat muka comel masa interview nanti, hehehe...

Ok sekarang cakap pasal lain, lately aku sangat gedik nak merekacipta bekas hantaran sendiri. Jangan tak tau lelaki seperti aku pun nak lah buat something memorable masa wedding nanti dan itulah salah satu kaedahnya. Idea aku adalah seperti berikut:

1. aku buat sendiri bunga dalam tiga warna - merah, pink dan putih daripada crepe paper
2. aku akan cucukkan bunga pada polisterine berbentuk bulat secara berselang warna
3. ok lepas tu aku tak tahu... hahaha

Tunggulah hasilnya nanti, akau aku paparkan di sini, mana tahu ada yang nak tiru, kan...

Pada entry lepas aku 'copy & paste'  maklumat daripada pencarian di GOOGLE tentang tanggungjawab yang perlu ada pada seseorang yang berhutang. Dan secara terang - terangan aku maksudkan di situ siapakah orangnya yang berhutang duit sebanyak RM6 ribu daripada aku. Aku punya hak untuk mengingatkan dia untuk membayar hutang, dan beberapa minggu ini dia terus mendiamkan diri daripada aku, entah hidup atau mati aku tak tahu, aku sudah tidak berminat lagi untuk menjengah status - status FB beliau. Malah sudah tawar hati untuk ber'Whatsapp' dan ber'BBM' dengannya. Mungkin sudah hilang rasa percaya pada orang yang aku anggap seperti adik sendiri.  Silapnya aku, terlalu mudah percaya pada orang lain. Namun, semuanya sudah terlambat, dan jelas aku telah dipergunakan... 

BANGANGNYA AKU...

OK, aku nak tidur sebentar menunggu masuknya waktu subuh... Mahu bermimpi bilakah IQD akan revalue... Kalau aku kaya, aku nak beli Media Prima, haha...





2 ulasan:

ch000tz axoera ヅ berkata...

kenapakah blog ko ni jadi macam ala skema sgt ni hehehehe

aku takde gi mana pun...hadooo cuma membizikan diri sket hahaha

caer sasuke berkata...

panjang gak ni taip..hehe