SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

17 November 2013

FANTASI





Sebenarnya aku tidak tahu apa yang harus aku taipkan  di sini... sindrom biasa setiap kali mahu menaip entri baru...

Ini adalah aku dalam versi Bitstrips... Hampir sama... Tetap 'skema'...




Hari ini aku cuma duduk di rumah, aktiviti biasa adalah makan dan tidur... makan dan tidur...makan dan tidur... diulang selagi boleh diulang.

Semalam aku menemani Azlan menziarahi bapa saudaranya di Selayang yang baru sahaja menjalani pembedahan lutut. Melihatkan keadaan bapa saudara Azlan yang memakai peralatan khas di lutut selain perlu berkerusi roda membuatkan aku insaf yang aku hampir berkeadaan sedemikian rupa. Mohon dijauhkan...

Ini adalah entri pertama untuk bulan November 2013, tiada apa yang menarik untuk diperkatakan, hanya menjalani kehidupan seperti biasa... sunyi dan sepi melayari kehidupan yang entah bila akan berpenghujung...

Oh hidup yang sunyi, cepat - cepatlah berlalu...

Kini aku mempunyai masalah uban yang agak serius. Jurai - jurai putih rerambut ikal di kepalaku semakin ketara kelihatan. Pada usia 34 tahun ini kurasakan masih terlalu awal untuk beruban. Mungkin faktor genetik, mungkin faktor pemakanan. Apa yang pasti aku tidak mahu beruban sebelum waktunya...

Aku berfikir dalam tempoh setahun sebelum mendirikan rumahtangga aku perlu segera mencari rumah sewaan yang lain, setidak - tidaknya rumah teres ataupun rumah pada aras yang rendah. Paling tidakpun rumah yang mempunyai perkhidmatan lif hatta pada tingkat berapapun rumah itu. Aku semakin tidak kuat untuk melangkah naik ke tingkat lima rumah sewaku yang tidak berlif. Penatnya semakin ketara, dan aku rasakan perlu untuk mencari kediaman lain apabila memikirkan keadaan bakal isteriku ketika beliau mengandung ataupun ketika orang tuaku mahupun keluarga mertua yang mahu berkunjung.

Cepatlah otak, fikirkan apa yang perlu untuk aku katakan di sini...

Tiba - tiba perasaan kebapaan mulai menerjah kehidupanku. Kebelakangan ini aku berasa sayu dan kasihan malah berasa amat mahu untuk memiliki anak. Jika aku berkahwin dalam tempoh lima tahun dahulu mungkin aku sudah punya seorang ataupun dua cahayamata. Mungkin ada sebabnya aku lambat jodoh. Aku menerima ketentuanNya...

Setidak - tidaknya sebelum memasukki umur 40-an, aku mahu punya sepasang cahayamata...

Pelajaranku sudah tergendala, minat untuk terus belajar sudah hilang. Entahlah, aku semakin hilang fokus, penat dengan tugas harian, semakin teruja untuk berumahtangga. Mungkin aku akan menyambung semula pengajian selepas berkahwin. Aku tetap mengimpikan gelaran doktor falsafah dalam bidang pengurusan perpustakaan dan maklumat, bidang yang telah aku ceburi sejak dari darjah 5 lagi...

Dugaan amat kuat ketika aku berfikiran positif, aku sentiasa mahu bersikap positif terhadap semua yang berada di sekelilingku dan memerima apa sahaja keputusan dengan hati yangterbuka. Namun untuk kekal positif sangat sukar, kerana pengaruh sekeliling, dalaman dan luaran. Tuhan tolong lembutkan hatiku untuk terus kekal positif...

Esok aku akan bekerja syif petang, masuk pada jam 3 petang dan berakhir 12 malam. Entah apa agenda yang harus dilakukan sepanjang esok sehingga ahad depan. Semuanya terletak di tangan bos, aku cuma kuli, ikut sahaja arahan... SAYA YANG MENURUT PERINTAH !!

Aku berkeputusan untuk tidur awal sebentar lagi walaupun aku akan masuk kerja selepas tengah hari esok, mahu melayani mimpi yang tidak pernah gagal menghiasi lenaku selama ini. Beberapa hari lepas aku bermimpi hantu, tetapi hantu itu langsung tidak menakutkan dan aku berkawan baik dengan hantu itu...

Janganlah terjaga lagi sebelum jam 5 pagi, aku takut aku akan berfantasi lagi lantas melayan nafsu... faham - fahamlah sendiri.

Sekian...






1 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.