SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

30 Januari 2014

KERANA ARIANA ROSE...




Sejujurnya, aku telah jatuh cinta pada ARIANA ROSE !!!

Pada waktu rehat tengah hari tadi aku mengunjungi Popular di One Utama dengan hajat mahu mendapatkan senaskah novel karya Evelyn Rose iaitu THE WEDDING BREAKER yang telah diadaptasi kepada drama bersiri 28 episod yang bertajuk ARIANA ROSE dan disiarkan menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis jam 7 petang di TV3. Penayangan ARIANA ROSE berbaki 8 episod sahaja lagi dan oleh kerana aku berasa gundah gulana untuk mengetahui klimaks kepada drama yang sudah menjadi 'trending' di Malaysia saat ini, aku membeli novel itu dan berhajat untuk membacanya sehingga ke helaian terakhir malam ini juga. 

Ketika di kedai Popular itu, aku mencari - cari di rak akan novel berkenaan namun tidak kelihatan. Kepada petugas di kaunter pembayaran aku bertanyakan jika novel itu masih ada stok, dengan pantas gadis itu menjerit ke arah rakan setugasnya yang lain akan permintaanku itu. Tidak mengambil masa yang lama, seorang pekerja yang lain keluar membawa sedozen novel berkenaan. Belum sempat gadis bertudung putih itu membuka sepenuhnya kertas yang membaluti sedozen novel itu, dengan rakusnya aku terus meminta izin daripadanya untuk mengambil senaskah lalu dibawa ke kaunter untuk dibayar. Tindakan aku tidak lama kemudiannya turut diikuti oleh seorang wanita yang turut mahu membeli novel berkenaan. Dengan perasaan puas aku kembali ke pejabat. Akhirnya aku memilikimu...




Baiklah, malam Tahun Baharu Cina ini mahu diisi dengan pembacaan novel koleksi terbaharu perpustakaan miniku bermula sebaik sahaja entri ini dipublikasikan !!!


1 ulasan:

anajingga berkata...

wah tambah koleksi nampaknya..dah habispun kan drama ariana rose ni..