SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

26 Mei 2014

AKU SI ENTITI...







Aku ibarat satu entiti
di pejabat seramai 40 orang ini
tidak pernah dipeduli
selalu sendiri
wujud atau tidak
hidup atau mati
gembira atau sedih
lapar atau kenyang
aku tidak sepenting para EIC dan SERC
dan mana - mana staf yang dilihat ada potensi
aku sekadar dipandang sebelah mata
realiti sebenarnya aku tak pernah dipandangpun
bila ada khilafku
satu dunia dicanang
andai ada kebaikan
didiamkan begitu saja
itulah aku
entiti di RC

Entahlah
tidakku fikir apa salah mereka
yang pasti aku fikir apa salahku
pasti ada salah di mana - mana

YA Allah
andai Engkau mahu menjemputku
biarlah pada ketika mereka langsung tidak tahu
kerana aku cuma entiti yang selalu dipandang sepi...

Tiada ulasan: