SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

14 Julai 2014

EPISOD AKHIR KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN...






Jerman memenangi Piala Dunia 2014 menewaskan Argentina, sesuatu yang sudah aku jangkakan. Sesudah waktu imsak menghampiri waktu subuh tadi kedengaran dentuman bunga api di sekitar Damansara ini. Hebatnya ia diraikan, lebih baik jika perbelanjaan untuk pertunjukan bunga api tersebut didermakan kepada fakir miskin dan pihak yang lebih memerlukan apatah lagi di bulan Ramadan ini..

Sebenarnya aku lebih tertarik untuk berkata tentang finale drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN siaran hari ini (14 Julai 2014), drama bersiri yang aku ikuti dengan penuh minat sejak dari episod pertama lagi. Di penghujung drama tersebut, Dato’ Safiya memberitahu mengenai perasaan kasih dan sayangnya kepada Indah di mana Indah mengingatkan Dato’ Safiya kepada sahabat lamanya. Lantas drama pun berakhir, meninggalkan tanda tanya kepada Indah...

JUGA MENINGGALKAN TANDA TANYA KEPADA AKU DAN JUGA MUNGKIN KEPADA ORANG LAIN YANG TIDAK MEMBACA NASKHAH ASAL NOVEL KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN !!!

Baiklah, ada sedikit penegasan di situ. Apakah taktik dan strategi yang dimainkan oleh Primeworks Studios selaku pengeluar drama berkenaan? Adakah ia akan disambung dalam bentuk drama’one off’ ? Ataupun jika mahu mengetahui bagaimana drama itu berakhir, baca sahaja novelnya.

Mungkin...

Aku benci ditinggalkan dengan tanda tanya…. 

Moral of the story – tonton dahulu sehingga habis dan kemudian baru diikuti dengan bacaan novel asalnya !






Tiada ulasan: