SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

02 Julai 2014

KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN...






Drama ‘KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN’ yang disiarkan di TV3 dan telah memasukki siaran episod 21 pada 1 Julai 2014 adalah satu drama bersiri paling kejam pernah aku tonton!!

Kenapa aku mengatakan drama itu kejam? 

Kerana drama bersiri itu berjaya membuatkan air mata lelakiku menitis !!

Seorang lelaki sepertiku menangis hanya kerana menonton lakonan cukup berkesan Izreen Azminda dan Amar Baharin. Sesuatu yang mungkin lelaki lain tidak akan lakukan hanya semata – mata menonton drama dan hanya mungkin menangis sekiranya pasukan bola sepak yang disokong gagal dalam perjuangan di Piala Dunia 2014. 

Sejak dari episod pertama lagi aku sudah tertarik untuk menonton drama tersebut, bahkan sanggup memecut laju motorsikalku untuk segera pulang ke rumah sebelum jam 7 malam semata - semata kerana drama itu. Entah kenapa dari hari ke hari aku tetap setia mahu menontonnya di televisyen walaupun di pejabat aku mempunyai fasiliti untuk menonton sehingga ke episod – episod seterusnya. Kerana mahu tahu sisi lain aku membeli novel asal yang diadaptasi naskahnya menjadi drama bersiri. Aku mengambil masa hampir tiga hari untuk menghabiskan bacaan novel tersebut.

Terima kasih, runtun jiwaku tatkala membacanya !!


Sepanjang perjalanan dari Kedah siang tadi aku lebih banyak memikirkan drama itu dan bagaimana kesudahannya dalam versi drama dan aku pasti ia berlainan daripada versi novel. Daripada sinopsis drama tersebut yang aku baca daripada sistem di pejabatku, aku dapati versi drama amat berbeza dengan versi novel. Malam ini aku bekerja syif malam dan peluang yang ada aku rebut untuk menonton episod seterusnya.

Ya, aku tetap juga menangis walaupun telahku tahu jalan ceritanya…

Dalam episod seterusnya, adegan Indah dipulaukan oleh Tajul Razin paling meninggalkan kesan, malah untuk adegan yang sama di dalam novel membuatkan aku sungguh sebak...

Barangkali kebelakangan ini aku banyak menangis mengenangkan nasib diri dan drama itu menambahkan lagi kedukaanku…

Bak kata Tajul Razin, cinta bukan apa – apa…










Tiada ulasan: